ONLINEFM atau singkatan ON9FM merupakan sebuah stesen radio atas talian (Radio Internet) yang ditubuhkan pada tanggal 1 Januari 2010 oleh 2 orang pengiat tegar kepada radio internet iaitu “BRO LANGAU & BRO LIGONG”. Mereka berdua merupakan orang yang mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang penyiaran/dj sejak tahun 2008. Pada ketika itu, sosial media belum ujud lagi. Hobi ini di asah menerusi ruangan FORUM.
Objektif utama penubuhannya onlinefm ini sebenarnya adalah untuk membantu anak seni tempatan Sabah khususnya pemuzik secara berkumpulan(band). Seperti yang sedia maklum, lagu lagu daripada band lokal ini memang kurang dapat perhatian oleh stesen radio frekuensi. Justeru itu, kami mengambil inisiatif untuk memutarkan lagu lagu mereka di onlinefm. Sedikit sebanyak kami dapat mempromosikan karya anak tempatan ini kepada pendengar serta follower radio ini yang ada seluruh pelusuk dunia.
Namun begitu pada bulan November 2021 yang lepas, salah seorang daripada founder platform ini iaitu BRO LANGAU telah mengambil keputusan untuk berehat daripada menjadi DJ radio.