1st Time perfom di Sabah

Siapa tak kenal dengan dengan band ini?Rasanya memang rugilah,pada yang tak mengenali dan tak pernah dengar lagu lagu dari kumpulan Kugiran D’Tepi Pantai ini.Memang tidak dinafikan yang lagu lagu dimainkan dalam album album mereka adalah lagu cover,tetapi dengan perubahan muzik serta susunan melodi membuatkan ianya menjadi kucar kacir.Nilah kerja Lord Kombat iaitu orang yang bertanggungjawab membuatkan lagu lagu tersebut menjadi seakan akan muzik yang didengarkan ketika kita berada di Hawaii ala ala berpiknik…

Baru baru ini,pihak pengurusan Onlinefm telah menerima panggilan talifon dari kombet.Dimana dia telah menyatakan bahawa mereka akan datang ke sabah untuk makan angin (bercuti).So,dia(kombet) ingin mencari rakan lepak ketika berada di Kota Kinabalu selama mereka bercuti disini.Tanpa berfikir panjang,pihak onlinefm menawarkan agar mereka meninggalkan kesan di KK ini dengan membuat showcase untuk peminat peminat mereka.Dan Kombet berkata,TAK DE MASALAH.cuma,kami(penganjur) kena mencari lokasi yang sesuai dan releven untuk dikunjungi oleh sesiapa sahaja.

Dari itu,pihak pengurusan Onlinefm sedang mengaturkan satu masa yang mana akan diumumkan kelak dimana band Kugiran D’Tepi Pantai dapat membuat persembahan.Dalam masa yang sama juga,pihak kami sedang mencari beberapa buah band untuk mengisi slot “openning band”.Dimana setiap band tersebut akan membawakan 2-3 buah lagu.

Sama sama kita nantikan kemunculan band ini di Kota Kinabalu.hebahkan kepada sahabat handai anda agar meramaikan lagi program Mini Jamm ini.Insyallah,kami berusaha membuatkan event ini “FREE ENTRANCE” semampu yang boleh.