20 TAHUN MENYEPI, PEKAN TUARAN HIDUP KEMBALI

Pekan Tuaran adalah sebuah tempat yang tidak kurang hebatnya melahirkan dan membuat ‘scene’ mereka yang tersendiri. Bermula daripada skate, band dan berbagai aktiviti tetapi bagaikan ditelan peredaran masa dan budaya belia masa kini Tuaran menyepi daripada sebarang acara yang melibatkan persembahan live atau acara yang melibatkan komuniti secara keseluruhan.

Youthdown Town yang berlangsung selama 2 hari pada 28 dan 29 Nov diselaraskan oleh Onlinefm dibawakan oleh  Kementerian Belia & Sukan mengegarkan pekan Tuaran beberapa hari lepas.

KOMUNITI SKATE TUARAN

Penulis sangat teruja melihat komuniti skate Tuaran yang terlibat dan mengendalikan Game Of Skate yang mempunyai bilangan skater yang ramai. Skater di Tuaran berjaya membawa pengaruh sukan extreme itu dengan jelas apabila skater semuda 6 tahun turut melibatkan diri. Game Of Skate yang berlangsung pada hari pertama turut menarik penyertaan skater dari Lahad Datu dan Papar, Apen yang merupakan skater dari Tuaran dinobatkan sebagai juara Game Of Skate sempena Youthdown Town Tuaran.


LIVESTAGE TUARAN

Onlinefm selaku penyelaras membawakan livestage buat band-band di sekitar Tuaran dan beberapa band jemputan daripada Kota Kinabalu. Dan sudah tentunya livestage menjadi tumpuan apabila sebuah band legenda Tuaran Blue Jeans tampil mengubati rindu pengikut dan penyokong band ini setelah sekian lama tidak membuat persembahan. Antara talent dan band yang membuat tampil di atas pentas adalah Chugs On Deck, Borrneon, Oldnavy, Akar Rimba, Papriqa, Doren Freddy, E-na Band, The Since, Stereoangle, Hokage X, Nasiraw dan Blue Jeans.

HANYA SATU SEBAB KAMI KEMBALI DI ATAS PENTAS, INGIN MEMBERIKAN MESEJ KEPADA BAND-BAND BARU SUPAYA TIDAK BERPECAH – BLUE JEANS

Penulis sempat berkongsi cerita dengan anggota band Blue Jeans yang rata-rata menghargai undangan agar daripada penganjur untuk beraksi setelah berehat panjang. Blue Jeans tampil buat kali terakhir pada tahun 1992 dan berehat selepas itu, terbeban dengan kerja dan ingin memberikan perhatian kepada keluarga masing-masing mereka tidak lagi tampil di mana-mana pentas terbuka. 

Ditubuhkan pada sekitar tahun 1980 Blue Jeans menegaskan bahawa sesebuah band perlu menulis lagu sendiri, bermain muzik dengan bersih dan menjadi diri sendiri. Penulis juga sempat mencatat beberapa ayat daripada pemain gitar bass yang dikenali sebagai Abang Pink. Abang Pink menegaskan bahawa berada dalam sesebuah band memerlukan displin dan semangat saling tegur-menegur serta berfikiran terbuka, jangan terlalu mengejar populariti dan nama kerana akhirnya kerakusan itu akan membuatkan sesebuah band tidak bertahan lama. Tambahnya lagi bermain muzik adalah sesuatu yang lahir daripada diri sendiri dan jangan sesekali ingin menjadi seperti orang lain.

Penampilan band legenda ini sesungguhnya memukau dan menghimpunkan penyokong mereka yang tidak berganjak sehingga petikan gitar yang terakhir.

Secara keseluruhannya, Youthdown Town Tuaran menghimpunkan ramai bakat-bakat belia seperti beatbox, yo-yo, skate serta bakat muzik.


Siri terakhir Youthdown Town akan diadakan di Kota Kinabalu.

Terima Kasih Tuaran, Sampai kita Jumpa Lagi!

Gambar-gambar program boleh didapati di page kami :
Facebook.com/OnlineFm