Buzzing Joker rilis Album

Keningau merupakan antara daerah pendalaman yang selalu dipekatakan di media massa.Akan tetapi, jangan ingat ianya ketinggalan dari segi muzik.Ini kerana terdapat beberapa buah kumpulan pemuzik yang juga bergerak secara indiependent di daerah tersebut.Antaranya adalah kumpulan yang baru sahaja melancarkan Mini Album pada hari sabtu yang lepas iaitu Buzzing Joker.

Band ini terdiri dari 4 orang anak jati Keningau yang dilahirkan dan membesar di daerah tersebut.Mereka tampil dengan karya mereka yang bercerita tentang kehidupan yang berlaku disekeliling.

Pada mulanya,mereka tidak terfikir untuk mengadakan proses perlancaran ini disebkan faktor kewangan yang menjadi penyebab utamanya.Akan tetapi,berkat usaha & kesabaran mereka,akhirnya mereka mengambil masa hampir setahun untuk mengumpul sumber kewangan sendiri bagi merialisasikan impian 4 orang anak muda ini.

Sebenarnya Album mereka ini sudah lama berada di pasaran.Cuma, ianya masih kurang mendapat sambutan disebabkan tidak diketahui oleh warga sekelilinag mereka.Dengan cara mengadakan satu program perlancaran sebegini,secara tak langsung,mereka dapat memberitahu kepada penduduk Keningau bahawa mereka adalah sebuah kumpulan yang memerlukan sokongan dari penduduk tempatan khususnya warga Keningau.

Pada hari tersebut,Buzzing Joker telah menjemput beberapa buah kumpulan lain untuk turut serta dalam memeriahkan suasana perlancaran album mereka.Antara kumpulan yang mereka jemput adalah sebuah kumpulan dari daerah Tuaran, Sabah iaitu Summernine.band ini merupakan sebuah band lama yang masih lagi mempunyai peminat serta memiliki auranya tersendiri.

Mereka menyampaikan 2 buah lagu antaranya lagi hits mereka yang berjudul “Dalam Tangismu” yang mana penyanyi jemputan mereka kali ini  adalah liliq dari kumpulan Picumelodi.Band ini juga bakal membuat persembahan di Kota Kinabalu dalam masa terdekat ini.Sekiranya anda ingin mengenali dengan lebih depat lagi,sila LIKE page mereka di FB dan update dengan aktiviti mereka.

Selain summernine, terdapat beberapa buah kumpulan yang berasal dari keningau juga telah dijemput.Antaranya adalah:-

Program perlancaran ini berlangsung di Keningau mall yang mana merupakan sebuah shopping komplex baru di daerah tersebut.lakasinya juga amat strategik dan mudah untuk dikunjungi oleh sesiaapa pun.mana kala sistem bunyi yang digunakan tidak kurang juga hebatnya.Mr Soundman pandai menetapkan limit /tahap kekuatan bunyi didalam mall tersebut.Ditambah degan sistem lampu serta smoke yang seakan akan sebuah konsert besar.

Bukan itu sahaja,lagu JAUH yang terdapat didalam album ini telah menjuarai carta stesen radio tempatan keningau sedah beberapa minggu.Buzzing Joker adalah satu satunya kumpulan yang mempertaruhkan lagu ciptaan mereka bersama sama penyanyi solo dialek tempatan sekitar keningau.Ini merupakan satu kebangaan kepada mereka kerana dapat bertahan dan mempunyai suppoter yang kuat.
Juga, lagu JAUH tersebut juga telah berkumandang di beberapa stesen radio luar dari daerah mereka.Inilah yang dikatakan usaha mereka kini sudah membuahkan hasil.Penat lelah mereka selama ini nampak gayanya sudah terbalas.karya mereka telah mula diterima pendengar stesen radio tempatan.begitu juga dengan stesen radio internet juga telah memainkan lagu JAUH tersebut,terumatanya onlinefm sendiri.
Apapun jutaan tahniah diucapkan kepada kumpulan Buzzing Joker atas perlancaran mini album ini.Diharap anag anda dan band band lain akan terus berusaha dan memantapkan lagi muzik scene di daerah tersebut.Semoga usaha anda semua akan dapat sokongan dari pelbagai pihak terutamanya yang berwajib sebagai tanya support pada local bands.