Makhluk yang bersenjatakan Kapak

Mengimbas kembali era rock kapak pada tahun 80-an dan 90-an pasti mengingatkan kita semula tentang segala nostalgia dan kenangan yang berlaku pada zaman tersebut. Dimana pada era tersebut satu budaya muzik rock kapak telah menular ke seluruh pelusuk dunia termasuk  di Malaysia. Dari segi muzik pula banyak band atau artis rock kapak muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan yang mempelopori industri muzik tanah air kita selain dengan cara pemakaian mereka.

Namun tahun demi tahun lamanya berlalu era rock kapak itu seakan-akan menampakkan kepudarannya. Dimana tidak lagi wujud ramai artis atau band rock kapak seperti pada era tersebut. Dimana banyak pengaruh-pengaruh muzik luar yang lain telah mendapat tempat dan menjadi ikutan anak muda zaman sekarang.

Akan tetapi ianya berbeza pada sekumpulan anak muda ini yang telah berjaya menubuhkan sebuah band yang memperjuangkan konsep muzik rock kapak. Dimana hanya band ini sahaja yang tunggal dan memilih untuk memperjuangkan konsep muzik ini khasnya di Sabah Negeri Dibawah Bayu. Kredit harus diberikan kepada band ini kerana sambutan hangat yang dberikan kalangan peminat muzik tempatan cukup memberansangkan.

Siapa lagi kalau bukan Makhluk atau lebih dikenali dengan nama Kapak & The Gang. Pasti ramai yang terkeliru dengan penggunaan 2 nama ini. Dimana kami (Online Fm) telah diberitahu oleh salah seorang ahli band ini (Bobby) tentang penggunaan nama Makhluk (hanya semasa gigs, konsert atau mana-mana eventyang dianjurkan) dan Kapak & The Gang ini (untuk BTOB).

Band yang berpangkalan di Kota Kinabalu ini memperjuangkan konsep muzik Rock Kapak, Heavy Metal, Rock n Roll, dan Slow Rock. Dimana pengaruh muzik yang mereka bawa terdiri daripada beberapa band-band rock kapak terkemuka negara dan antarabangsa yang menjadi idola mereka. Ini dapat menaikkan lagi nama muzik rock kapak didalam industri muzik tempatan selain menghidupkan kembali era rock kapak yang suatu ketika dahulu mewarnai industri muzik negara.

Band ini telah ditubuhkan pada sekitar tahun 2007. Dimana ianya hasil idea oleh Bobby sendiri. Pada awal penubuhan, mereka sering bermain dan mendapat undangan di majlis-majlis orang kahwin sahaja.

Setelah sekian lama bertapa sambil menghasilkan beberapa idea untuk lagu baru akhirnya mereka mula serius dan bergiat aktif pada tahun 2010. Dimana mereka muncul dengan membuat beberapa penampilan yang telah mendapat sambutan hangat dikalangan peminat muzik tempatan. Hal ini dibuktikan lagi dengan kualiti dan persembahan aksi yang bertenaga dari mereka.

Walaupun berlaku pertukaran lineup namun mereka tetap terus berjuang dalam arena muzik industri tempatan ini. Berikut adalah anggota band ini:

Dahulu:

  • Bobby (Vocal)
  • Ligong (Gitar)
  • Kaza (Bass)
  • Karok (Drum)

 Sekarang:

  • Bobby (Vocal)
  • Ligong (1st Guitar)
  • Tanza (2nd Guitar)
  • Izan (Bass)
  • Salie (Drum)

Mereka pernah menyertai beberapa event seperti Borneo Beach Party (2012), Rockfest Marathon (2012), Karnival Astro Fiesta Mesra Belia (2012), Reunion Rock Kapak (2013) selain ujibakat rentak juara (2010) dan BTOB di Cowboy Bar (2012). Mereka juga pernah mencul juara dalam pertandingan BTOB yang berlansung di Karamunsing dan keningau pada tahun 2012. Baru-baru ini mereka telah muncul juara dalam pertandingan BTOB Music For Health selain merangkul gelaran vocalist terbaik anjuran Masterskill yang berlansung di Karamunsing.

Setakat ini, mereka sudah mengeluarkan single pertama yang bertajuk “Hidup Yang Baru”. Dimana single ini telah berjaya mendapat sambutan dikalangan peminat muzik tempatan. Selain itu juga, single mereka ini telah dijadikan sebagai caller ringtone beberapa syarikat telekomunikasi terkemuka negara seperti Maxis, Digi dan Celcom.

Perkembangan terbaru mereka dimana band ini bakal mengeluarkan beberapa buah lagu dalam masa yang terdekat ini. Dimana beberapa buah lagu masih dalam proses untuk siap sepenuhnya. Mereka juga dikhabarkan akan menyertai beberapa pertandingan kompetetif seperti BTOB selain mana-mana event yang dianjurkan di tempat-tempat lain.

Bagi peminat muzik tempatan yang meminati band ini sama-sama kita nantikan lagu baru yang akan dikeluarkan tidak lama lagi selain beberapa perkembangan terbaru mereka nanti. Anda juga boleh melayari laman sesawang facebook bandpage mereka di http://www.facebook.com/pages/Makhluk/262262743817118?fref=ts sambil klik like dan mendengar lagu mereka. Single mereka yang telah dijadikan sebagai caller ringtone oleh syarikat telekomunkasi boleh di download dengan cara menaip

Kod Maxis, Digi & Celcom

Verse 283664, 0175130 & 170377
Chorus 283669, 0175131 & 170378
Cara untuk mendownload ialah:

Maxis taip *131*(Kod) # dan send
Celcom taip *888*(kod) # dan send
Digi taip ct(Kod) dan hantar ke 2000 (melalui sms)

Diharapkan anda terus menyokong perjuangan mereka dalam memartabatkan nama muzik rock kapak kembali seiring dengan konsep muzik lain di persada industri muzik tempatan. Ini dapat sekaligus dapat memberi mereka inspirasi untuk terus berjaya dimasa hadapan. Kredit dan pujian harus diberikan kepada mereka kerana telah berusaha untuk menaikkan nama muzik rock kapak ini.