NORTH BORNEO ROCK ‘N’ ROLL



TheRetrockyang dahulunya dikenali dengan nama “La Period Blue” berasal dari Penampang, Sabah ditubuhkan pada sekitar tahun  2004/2005. Idea penubuhan band ini bermula apabila dua sekawan iaitu Ozie (Metal) dan Wann (Punk) memutuskan untuk menubuhkan sebuah band projek setelah keluar dari band masing-masing. Dimana pada mulanya mereka hanya sekadar bermain musik untuk melepaskan gian dan untuk tujuan suka-suka sahaja bagi mengisi masa lapang.


Pada awal penubuhan, band ini dianggotai oleh 4 anak muda. Mereka ialah Ozie (2nd Guitar & Vocal), Wann (1st Guitar), Mack (Drum) dan Vnom (Bass).  Namun pada tahun 2010, Mack dan Vnom memutuskan untuk keluar dari band atas sebab-sebab peribadi. Akan tetapi selang beberapa bulan  mereka mengambil keputusan untuk merekrut Oyoe (Bass) dan juga Santo (Drum).


The Retrock pernah mengikuti satu pertandingan B.O.T.B yang telah dianjurkan oleh Bandwidth suatu ketika dahulu. Selain itu juga, mereka banyak menyertai mana-mana event yang dianjurkan oleh phak penganjur serata tempat. Mereka hanya lebih fokus untuk perform di mana-mana event berbanding dengan B.O.T.B.
Pada sekitar 2006, mereka sepakat untuk merekod beberapa track demo di Ram studio, Apple Production dan Sounblazer. Dimana keseluruhan demo itu mengandungi 6 buah lagu. Lagu tersebut ialah:
Ø  Apa Maksudmu?
Ø  Pari-pariku
Ø  Retrock Lurv
Ø  Till The End of Me
Ø  Don’t Walk Away
Ø  Aku Hanya Manusia.
Berikut antara beberapa karya yang sudah dihasilkan oleh The Retrock:
Ø  Demo
Self-Titled (2track) – 2008
Ø  Demo
Jesseltone Stereoroid (4track) – 2010
Ø  Sabahan Indie Street Band
The Street Band Battalion Compilation – 2011
Ø  Single
Retrock Love + 3 Demo track – 2011
Setelah menyertai B.O.T.B anjuran KK Bandwith, mereka telah bekerjasama dengan Chris Pereira of Eyes and Ears. Dari situ mereka telah meriliskan single pertama pada tahun 2011 yang berjudul Retrock Love yang telah menembusi frekuensi radio tempatan seperti XFM, SuriaFM, KKFm. Turut tidak dilupakan juga kepada clothing line iaitu, Junkies Street Rocker Clothing, The Swagger Salon Apparel dan Last Bloodline.
Kini The Retrock bernaung di bawah label produksi muzik tempatan yang dikenali sebagai “Avail Records” (Di.I.Y / Underground label). Pada tahun ni juga mereka telah meriliskan 1 lagi single terbaru kami yang berjudul Nada Sukma. Dimana lagu tersebut telah dihantar ke beberapa stesen radio tempatan.
Manakala bagi perkembangan The Retrock yang terbaru pula, mereka tengah menyiapkan beberapa buah lagu untuk # Self Title # EP kelak. Dimana masih terdapat 3 lagu terakhir untuk dirakamkan dan akan dikeluarkan tidak lama lagi. Dan kemungkinan besar bulan 8 ni mereka akan perform di satu event acoustic bersempena majlis pembukaan cafe tersebut.
Harapan mereka adalah untuk melihat PERUBAHAN dalam scene muzik tempatan terutamanya dalam arus muzik independent/underground. Dimana para supporter, fans dan public harus lebih peka dan memberi sokongan dan SUPPORT band-band local diluar sana.
      Untuk mengetahui perkembangan mereka dengan lebih lanjut, boleh klik like pada               https://www.facebook.com/pages/The-Retrock/330617602921?sk=info, anda juga boleh follow mereka di twitter https://twitter.com/TheRetrock dan mendengar lagu di http://www.reverbnation.com/theretrock. Untuk sebarang tempahan persembahan dan yang ingin mendapatkan merch band ini anda boleh menghubungi di talian +60178994300 dan +60168013942 selain email iem_avail@yahoo.com dan retrockcursed69@rocketmail.com