Punk rock is a key to achieve

Punk Rock is a key to achieve…. Inilah kata kata pembakar semangat kepada 3 orang anak muda yang menjadikan NIRVANA sebagai idola mereka.Mereka semuanya berasal dari daerah Sandakan Sabah yang mana menubuhkan band Thirsty Of Grungy ini sejak tahun 2010 lagi.

Sememangnya minat yang mendalam terhadap muzik grunge adalah antara penyebab utama mereka sentiasa mencari peluang untuk tampil di underground Gigs sekitar Sandakan mahupun luar daerah.

Baru baru ini, salah seorang dari line up band ini telah menghantarkan lagu ciptaan mereka yang berjudul Irreplaceable Days.Lagu ini adalah hasil ciptaan mereka sendiri dan di telah di rekodkan.Harapan mereka agar karya pertama mereka ini dapat dimainkan di onlinefm dan dapat di nilai oleh pendengar pendengar onlinefm yang sering kali mengunjungi website tersebut.

Seperti band band grunge yang lain, mereka juga mempunyai impian yang tinggi dan ingin pergi jauh dalam muzik yang mereka perjuangkan iaitu “Grunge”. Ianya seperti darah yang sedang mengalir di dalam tubuh mereka.Apa sanaha yang melibatkan muzik grunge,ianya seperti api yang membara yang membuatkan semangat meraka memuncak untuk meneruskan perjuangan dalam arena muzik ini.

Kepada anda yang ingin mengenali band ini dengan lebih dekat, kunjungi band page mereka di FB iaitu Thirsty Of Grungy.Manakala jangan lupa follow mereka di twitter iaitu TOGRUNGY. Jangan lupa untuk mendengarkan lagu mereka yang akan dimainkan bermula bulan oktober nanti.