Sejak kebelakangan ini, kota kinabalu sudah tidak sunyi dari aktiviti muzik yang di anjurkan oleh mereka mereka yang amat prihatin. Tidak kisahlah aktiviti showcase mahupun gig. Baru baru ini, Kota Kinabalu di banjiri oleh peminat muzik SKA dari indonesia iaitu TIPE X. Dimana difahamkan hampir 1000 lebih pengunjung yang memenuhi dalam dewan tersebut. Ini satu perkembangan yang positif terhadap aktiviti sihat ini.
Kini, Kota Kinabalu sekali lagi bakal di gegarkan dengan penampilan sebuah kumpulan rock gergasi tanahair. Rasanya ramai sudah mengehatui bahawa kumpulan WINGS akan mengadakan persembahan di Stadium Likas pada tanggak 24 Disember ini.
Selain kumpulan Wings, ada beberapa buah band tempatan sabah juga akan bersama sama membuat di pentas yang sama. Difahamkan ada band yang datang dari Tawau, Sandakan, Lahad Datu dan ramai lagi. Mereka selaku “opening band” yang akan memanaskan suasana di dalam stadium likas seawal jam 1 petang pada tanggal 24 Disember tu nanti.
Tiket sudah pun mula di promosikan dan di jual kepada peminat setia dan tegar kumpulan lagenda ini. Malah AWIE sendiri telah pun selesai membuat siri jelajah menaiki motor berkuasa tinggi mengelilingi beberapa daerah di Sabah. Untuk tujuan mempromosikan konsert ini dan sekali gus menjual tiket kepada orang ramai.
Oleh itu,, pastinya sejarah akan tercipta di bandaraya Kota Kinabalu ini sendiri pada tanggal 24 Disember ini. Difahamkan WINGS akan membawakan 30 buah lagu terbaik mereka dari kesemua album mereka sejak penubuhan kumpulan Wings. Rasanya harga tiket yang di tawarkan kepada orang ramai memang berpatutan iaitu RM50 seorang. Dimana anda bakal sama sama merasai kemeriahan konsert band lagenda ini.
Kepada yang belum lagi mendapatkan tiket, anda boleh berhubung kepada wakil wakil penjual yang telah di lantik setiap daerah. Sekiranya anda tidak tahu, boleh klik disini Konsert Wings 30 Tahun Live at Kota Kinabalu, Sabah