300 ORANG PENUHI NET ALIVE TAWAU

Tanggal 24 Jun yang lepas telah berlangsungnya satu gig yang mana menyajikan band band lama kembali di atas pentas beraksi secara live. Duta Hives selaku penganjur gig kali ini telah membuat persiapan awal bagi memapskikan acara kali ini bakal meriah dan meninggalkan 1000 kenangan. Bila mana penganjur dapat mengumpul semula band band lama diatas satu pentas yang sama.
Antara band yang tampil membuat di pentas gig ini adalah VITAMIN C, ZEROX, REGAINED, NOISY CRUSH, WRATH OF EDEN dan ramai lagi. Nama nama tersebut adalah antara pemuzik yang bertahan lama dalam arena muzik UG sekitar Tawau. Band yang di tubuhkan sejak dulu di jemput kembali untuk tampil mengubat rindu akan anak anak seni yang dahagakan muzik ciptaan mereka. Untuk pengetahuan anda, Tawau antara daeraj yang memiliki bakat yang hebat dan bagus khususnya dalam bidan muzik. Cuma keadaan dan faktor kurangnya exposure serta platform sahaja yang membuatkan anak anak seni ini sukar untuk bekarya.
Namun dengan adanya platfom digital, mereka cuba bangkit semula dan meneruskan karya seni mereka melalui alam maya yang tiada sempadan ini. Perkongsian aktiviti serta lagu membuatkan ada antara mereka mempunyai follower atau peminat luar dari daerah asal mereka sendiri.
Menurut penganjur, gig kali ini menggunakan perkhidmatan Neolithic Entertainment dalam menyediakan sistem bunyi dan penataan lampu di atas pentas. begitu juga dengan orang yang bertanggungjawab dalam menjaga kualiti bunyi dari mula hingga ahkir acara juga disediakan oleh Neolithic Entertainment. Satu nama yang sudah tidak asing lagi di daerah Tawau khususnya dalam penyediaan bunyi & lampu untuk acara acara besar di Tawau.
Pihak penganjur berharap agar mereka akan dapat sekali lagi menganjurkan gig di tawau dengan berskala lebih besar sedikit dari sebelum ini. Sokongan padu dari anak anak seni setempat serta masyarakat sekelililing harus konsisten agar usaha mereka bangkit dari lena yang panjang ini dapat diteruskan. Secara tidak langsung, aktoiviti sihat ini dapat menarik lebih ramai anak anak muda tampil dan berkonsi bakat seni mereka menerusi muzik yang mereka minati.
Sekalung tahniah di ucapkan kepada pihak penganjur akan usaha keras anda meneruskan aktiviti gig di Tawau khususnya. Diharap akan ada pihak pihak luar yang sudi bekerjasama atau membantu serba sedikit dalam misi menarik minat generasi muda tampil di pentas seni yang disediakan ini.
Terus menyokong anak anak seni tempatan kita kerana… KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI
*gambar credit untuk #MyTawau