3rd Anniversary Onlinefm Mini Jamm dapat sambutan

Alhamdullilah dipanjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan IzinNya maka program sambutan  Hari Ulangtahun Onlinefm yang ke 3 tahun dapat dilaksanakan dengan jayanya. Program ini  telah diadakan   di Roof Top, Star City. Dimana lebih 200 pengunjung telah menghadirinya. Antara yang hadir ialah wartawan dari akhbar tempatan, wakil dari persatuan belia inspirasi kota kinabalu dan lain-lain lagi. 
Sebanyak 10 band tempatan dijemput untuk membuat persembahan dalam aktiviti mini jamm ini. Antaranya top 3 band tempatan yang mendapat undian tertinggi dikalangan peminat muzik tempatan iaitu Lifetime Respect, Kenappa Band dan Orang Planet selain Paravel dan juga Cactus dari Kota Kinabalu. Manakala band dari luar kota kinabalu pula ialah The Mines ( Sandakan ), Buzzing Joker ( Keningau ), Memory of Natache ( Semporna ), 4 Symmetric ( Labuan ) dan H.W.C ( Kuala Lumpur ) antara band-band tempatan yang turut membuat persembahan dalam mini jamm tersebut.
Ella@ Paravel
Aktiviti mini jamm ini dimulakan dengan persembahan band dari Kota Kinabalu iaitu Paravel. Mereka menghiburkan pengunjung dengan lagu mereka yang bertajuk Forever Together selain lagu cover dari Paramore ( That’s What You Get ) dan The Flyleaf yang bertajuk Cassis. Satu permulaan yang memberansangkan dari band tersebut sungguhpun tidak mempunyai cukup masa untuk berlatih.
Seterusnya tiba giliran band dari Semporna, Memory Of Natache untuk membuat persembahan. Pihak kami difahmkan bahawa mereka akan membuat persembahan di beberapa tempat di Indonesia dan salah satunya lokasinya adalah  Jakarta. Mereka juga telah mengeluarkan EP pada 19 febuari 2012 yang bertajuk Lost.
Keadaan menjadi gamat apabila band seterusnya dari Kota Kinabalu membuat persembahan iaitu Cactus. Memulakan persembahan dengan lagu cover I Love Rock and Roll sebagai permulaan. Ditambah lagi dengan amukan solo gitaris kegilaan peminat cactus menggamatkan lagi keadaan di sana.
Yui@Cactus
Persembahan seterusnya  band dari Keningau ( Buzzing Joker ), Kota Kinabalu ( Orang Planet ) dan Sandakan ( The Mines ) dan setiap persembahan yang mereka tonjolkan berjaya menghiburkan para pengunjung yang hadir pada hari itu.
Sebelum persembahan disambung semula, Persatuan Belia Inspirasi Kota Kinabalu sempat mempromosikan satu pertandingan Graphic Designer untuk mencipta logo baru mereka yang berlatar belakangkan Negeri Sabah Di Bawah Bayu. Disamping itu juga, Bro Langau sempat mempromosikan penjualan tiket bagi event akan datang. Keadaan menjadi gamat semula apabila band dari Kota Kinabalu ( Kenappa Band ) dan Labuan ( 4 Symmetric ) membuat persembahan.

Orang Planet
Persembahan diteruskan lagi dengan giliran band dari Kota Kinabalu yang terakhir iaitu LifeTime Respect. Band ini telah mendapat undian tertinggi di kalangan peminat muzik tempatan. Menghiburkan pengunjung dengan Lagu Spaceship vs Friendship, These guilt in me dan lagu cover dari tatto. Kombinasi antara instrumentalis juga mendapat tepukan dan sorakan hangat dari pengunjung.
Aktiviti mini jamm ini diakhiri dengan persembahan penutup oleh band dari Kuala Lumpur iaitu H.W.C. Mereka terdiri dari 4 orang anak muda dimana 2 orang daripadanya berasal dari Kota Kinabalu. Satu persembahan yang mantap ditampilkan oleh anak muda ini yang berjaya menggamatkan lagi suasana mini jamm tersebut.

Tahniah diucapkan atas kelancaran aktiviti mini jamm ini. Di mana ianya merupakan aktiviti pembukaan onlinefm dalam kalender 2013. Selamat ulang tahun ke-3 diucapkan kepada stesen radio onlinefm, stesen radio yang menyokong perkembangan muzik-muzik tempatan dengan slogan ‘Kalau Bukan Kita Siapa Lagi’.
Pihak Onlinefm mengucapkan ribuan terima kasih terutamanya kepada pihak pengurusan bangunan Roof Top Star City yang telah memberikan kebenaran kepada kami untuk menjadikan lokasi mini jamm.Juga nak ucapkan jutaan terima kasih kepada penaja sistem bunyi kami pada hari itu iaitu Golden Sound Production khasnya kepada soundman yang bertugas pada hari tersebut iaitu Mr Rahdie dibantu oleh Brader Jr.Serta beberapa crew yang juga turut serta dalam memastikan sistem teknikal dalam keadaan terkawal.

 Juga nak ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat  dalam membantu kami samada secara langsung ataupun tidak hingga terlaksananya program ini dengan jayanya. Nantikan event pada masa akan datang seperti Battle Of The Band, Big Jamm Online Fm, 2M dan lain-lain lagi. Sokongan anda terhadap muzik-muzik tempatan amatlah dihargai.

“Kalau Bukan Kita Siapa Lagi”