5 ORANG TANAKWAGU + 1 ORANG SUMANDAK TAMPIL DENGAN MUZIK ALTERNATIVE

Tidak dinafikan, kemunculan band band baru sekitar daerah Keningau semakin memberangsangkan. Mungkin dengan adanya event event showcase atau sikap ingin memeriahkan scene muzik sekitar daerah. Band yang dimaksudkan adalah kumpulan yang mengelarkan diri mereka READY O.
Beberapa bulan lepas, saya berpeluang bertemu dengan beberapa orang ahli kumpulan ini dengan bantuan seorang sahabat di daerah Keningau. Yang mana sahabat tersebut tersebut adalah pemain drum bagi kumpulan Penguin. Dia yang mengaturkan sessi lepak dan mengenali asal usul kumpulan READY O ini.
Di anggotai oleh 5 orang tanakwagu (lelaki) dan 1 orang sumandak (wanita) adalah kekuatan dan keunikan kumpulan ini. Penglinatan penyanyi wanita dalam sesebuah kumpulan amat jarang kita dengar zaman sekarang. Menurut DODO, band ini di tubuhkan sekitar tahun 2015. READY O terdiri dari ONEL@Drummer, DODO@Bassist, JAY@Vocalist, SYAM@2nd Guitar, BLYN@2nd Vocalist dan KIEL@1st guitar. Genra lagu yang mereka pilih dalam dunia muzik ini adalah Alternative.
ERTI CINTAKU, merupakan lagu yang sudah keudara di ONLINEFM beberapa bulan. Hasil ciptaan sepenuhnya READY O sepenuhnya. Lagu ini sesuai di dengari untuk anak anak muda yang sedang hangat di lamun cinta. Selain lagu ERTI CINTAKU, ada sebuah lagu lagi yang di kongsikan kepada kami yang bertjudul READY O. melodi lagu ini amat catchy dan chill. Ala ala lagu pop 80an. memang best arrangement lagu tersebut. Weldone guyz…
Keujudan anak anak seni seperti READY O ini haruslah di berikan sokongan sepenuhnya oleh masyarakat mahupun pihak pihak yang prihatin akan kehendak belia belia tempatan. Bukan sahaja di daerah Keningau, malah seluruh Sabah, khususnya. Kerana, anak anak mudai ini lebih minat kepada muzik. Diharap akan lebih banyak lagi ruang dan peluang untuk band ban lokal ini tampil dan berkongsi karya mereka di khalayak ramai.
Sekiranya mereka ada mencetak lagu dalam bentuk CD, jangan lupa untuk mendapatkannya sebagai tanda sokongan terhadap movement anak anak muda ini. kerna, mereka ini bukan mengejar keuntungan dengan menjual cd tersebut. tetapi ,mereka ingin memberitahu isi hati mereka menerusi lagu ciptaan mereka.
Jadi,sama samalah kita membangunkan scene muzik yang semakin menampakkan kesan positif ini. kepada kumpulan READY O, terima kasih atas perkongsian lagu serta profile anda. Semestinya lagu ERTI CINTAKU ini sudah pun di putarkan di radio Onlinefm beberapa bulan lepas. Semoga anda teruskan usaha dan semangat dalam perjalanan muzik anda. Hasilkan lebih banyak lagi lagu lagu yang mengikut jiwa anda semua. Kami di pihak Onlinefm sentiasa menyokong dan cuba mencari peluang untuk menampilkan anda di program program kami akan datang.