5000 ORANG SAKSIKAN KONSERT MUZIK FEST TAWAU


Karnival Muzik Fest Tawau telah pun melabuhkan tirainya pada hari ahad yang lepas. Dimana jika di lihat menerusi gambar yang di muat naik ke laman media sosial, ternyata ianya adalah kejayaan yang besar buat Neolithic Entertainment selaku penganjur program tersebut.
“Objektif utama penganjuran karnival ini adalah untuk menyatukan warga tawau menerusi perniagaan dan muzik. Secara tidak langsung ianya dapat membuka ruang dan peluang kepada mereka yang ingin berniaga serta mereka yang mempunyai bakat dalam bidang muzik”… adalah respon daripada pengerusi penganjur bagi program ini iaitu En ASDAR SULAIMAN atau lebih mesra dipanggil DK.

Menurut DK, hampir 100 unit gerai jualan bersaiz 20×20 telah didirikan sejak hari jumaat dan hampir penuh kesemuanya di sewa oleh warga Tawau yang ingin merebut peluang berniaga sepanjang 3 hari acara tersebut.

Antara artis jemputan pada malam tersebut adalah kumpulan yang di terbangkan khas dari Kuala Lumpur iaitu KRISTAL.

Selain kumpulan KRISTAL, ada ramai lagi pemuzik yang telah berpeluang merasai pengalaman membuat persembahan di hadapan warga Tawau yang cukup ramai itu.

Antaranya kumpulan D’SHETLER, SYMPHONY, GONCAR, D’ROSES dan ramai lagi anak anak muda yang berbakat besar dalam persembahan pentas secara berkumpulan ini.

Apa yang lebih menarik, selain persembahan secara berkumpulan pihak penganjur juga ada menjemput beberapa orang gitaris yang hebat dan berpengalaman dalam persebahan secara solo. Antaranya Taufik Moksin, Adnan Nan dan ada beberapa orang lain.

Sememangnya peluang sebegini rupa amatlah di nanti nantikan oleh anak anak seni yang sememangnya berbakat dalam alat muzik yang mereka minati. Cuma ketiadaan pihak atau kurangnya platform untuk mereka menunjukkan bakat adalah faktor utama penglibatan seni anak anak muda zaman kini semakin kurang.
Sekalung tahniah di ucapkan kepada pihak penganjur atas keprihatinan anda kepada warga Tawau yang dahagakan platform sebegini rupa. Ditambah lagi dengan sokongan badan kerajaan serta NGO yang juga cuba membantu menjadikan Tawau sebagai tempat berkumpulnya anak anak seni muzik sekitar Sabah.

Diharap program ini dapat di jadikan acara tahunan dan menyediakan lebih banyak peluang perniagaan kepada warga Tawau sendiri serta platform anak anak seni untuk menonjolkan bakat yang mereka ada.