6 KUMPULAN LAYAK KE FINAL AHAD INI

Semalam telah berlangsung pertandingan BATTLE OF THE BAND sempena Tamu gadang Ums kali ke 19. Seramai 13 buah kumpulan bertanding dalam pertandingan ini. Yang mana penyertaan kali ini bukan sahaja dari sekitar kota Kinabalu, malah ada peserta yang datang dari luar daerah semata mata ingin mencuba nasib di pentas battle kali ini.
Acara semalam menyaksikan persembahan dari peserta yang hebat dan terbaik. Penglibatan pelajar pelajar universiti serta kolej swasta dari luar menampakkan yang scene muzik kini mendapat sambutan dan perhatian di kalangan belia. Selain itu, kelihatan juga muka muka pemuzik hebat yang memang sudah dikenali akan bakat mereka dalam dunia muzik. tetapi, ianya tidak menjadi masalah, kerana juri yang di lantik bagi mengadili pertandingan semalam memang berpengalaman.
Untuk peringkat akhir, ianya akan berlangsung pada hari ahad ini (19 Nov 2017) sekitar jam 8mlm. Kepada yang tiada plan hujung minggu ini, jom datang dan memeriahkan lagi acara akhir BATTLE OF THE BAND sempena Tamu gadang UMS kali ke 19 ini.