6 orang anak muda dari Pulau Labuan

Memang pelik bila tahu nama band ini dipilih atas sebab mengenangkan kematian seekor kucing milik pemain gitar mereka yang bernama PARIGI.Inilah yang dikatakan sayangnya manusia kepada haiwan belaan hingga nama haiwan tersebut dijadikan simbol kepada band mereka iaitu Parigi
Band ini ditubuhkan sekitar tahun 2009 yang dianggotai oleh 6 anak muda yang mana ada diantara mereka  masih lagi menuntut.Walaubagaimanapun,mereka ini memang pandai membahagikan masa untuk bermain muzik dan menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran.itulah yang sepatutnya bagi seorang yang berstatuskan pelajar
Parigi ini juga pernah menjuarai pertandingan BORNEO BATTLE OF THE BAND pada tahun 2011 yang mana secara tak langsung menaiiakn nama band mereka sekitar pulau tersebut.Dan ini juga menjadikan mereka menjadi bualan band band sekitar kota kinabalu.Almaklumlah,kalau ada sahaja battle,sudah pasti ramai band akan tertanya tanya siapakah yang menjadi juara.
Dari itu,Parigi telah menghasilkan sebuah lagu yang berjudul KU PERGI.Dimana lagu ini adalah hasil ciptaan sepenuhnay dari mereka semua.Untuk mendengarkan lagu merek aini,anda boleh tune in OnlineFM atau boleh terus ke laman facebook mereka iaitu Parigi Bandpage
Selain itu,mereka juga mempunyai website untuk dikunjungi selain facebook iaitu Parigi music.Korang boleh lihat koleksi gambar gambar mereka serta aktiviti mereka.Insyallah,kalau ada peluang,sudah tentu band ini akan membuat persembahand i Kota Kinabalu sebagai peluang melebarkan sayap ke persada seni tempatan kini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial