6 ORANG PENYANYI UNTUK 1 LAGU
![]() |
Boy, Jay, Kay, Lyn, Nazirah & Connie |
Penyanyi Rock, Metal, Jrock dan pop telah bergabung dalam penghasilan sebuah lagu raya. yang mana di terbitkan oleh sebuah production team yang baru iaitu B-WAVE Production. Dengan mengabungkan 6 tone suara yang berbeza beza. bukan itu sahaja, masing masing mempunyai band sendiri. mereka adalah…
1) Boy – Pelita band
2) Jay Jay – Karisma
3) Kay – Born neon
4) Lyn – Cresia
5) Nazirah – penyanyi baru
6) Connie – penyanyi baru
Seperti yang anda lihat, mungkin ada yang mengenalir mereka di atas. Ada penyanyi yang bergenrakan metal, ada penyanyi pop, ada penyanyi Rock dan ada penyanyi J-Rock. Tetapi, itu adalah minat masing masing dimana mereka mengabungkan jenis jenis suara ini untuk melahirkan sebuah lagu hari raya versi tahun 2016.
Joget menjelang syawal, itulah judul terbaru lagu yang bakal menemui anda di media sosial. Dan bakal kedengaran di stesen stesen radio tempatan. Hasil ciptaan vokalik kumpulan bron neon iaitu Kay.
Lagu ini di rakamkan di studio rakaman yang terletak di bangunan Star City Iaitu milik seorang pemain drum yang memang tidak asing lagi sekitar kota kinabalu iaitu Zul Khaliff. Yang mana, memang ramai artis serta band boy yang mendapatkan khidmat nasihat dan rakaman audio di studio beliau.
![]() |
Zul Khallif (duduk) |
Lagu Joget menjelang syawal ini merupakan projek pertama B Wave Production.Dimana objektif utama mereka adalah mengumpul seberapa ramai peminat muzik, penyanyi serta pengkarya seni tempatan dalam satu bumbung. Selain itu, menjadikan medium untuk menyemarakkan dunia hiburan khususnya di Sabah ini.
Kami di fahamkan oleh penerbit lagu ini iaitu saudara Zack, klip vedio lagu menjelang syawal ini sedang dalam proses rakaman. Yang mana bakal menemui para pencinta karya tempatan dalam masa terdekat. Justeru itu, mereka B-Wave Production mengharapkan agar anda diluar sana, turut sama menyokong akan usaha murni mereka ini.
Anda boleh dengarkan lagu Joget Menjelang Syawal ini dengan menekan link ini..