7 orang di panah petir

Sekali imbas nama kumpulan ini memang mengerunkan, apa tidaknya Thunderstruck, siapalah tidak takut dengan Thunderstruck ataupun dipanah petir.Jangan risau Thunderstruck  ini tidak membahayakan hidup anda malah ianya hanya akan menggegarkan hidup anda dengan hit lagu-lagu rock mereka.
Thunderstruk telah ditubuhkan pada tahun 2012,  dan  terdiri daripada 7 orang anak muda yang memperjuangkan genre lagu  rock.Antara  lagu-lagu hit mereka adalah  seperti  ‘Manusia Plastik dan “ Dosa”.Yang pastinya lagu-lagu mereka ini  dapat menakluki hati anda, terutama sekali bagi pengemar-pengemar lagu-lagu rock.

Pada ketika ini mereka menetap Shah Alam Selangor.Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang perkembangan mereka sila kunjungi BandPage mereka di we are thunderstruck dan   untuk mendengar lagu-lagu hit mereka juga disediakan di laman page tersebut

Mereka juga selalu mendapat jemputan oleh penganjur untuk bermain gigs di sekitar kawasan mereka.Ini secara tidak langsung dapat menambahkan lagi kenalan dalam lingkungan muzik yang tiada batasannya ini.Dan dalam masa yang sama,mereka dapat mengenali band band baru serta lama yang masih lagi selesa berbumbungkan atap Indiependent ini.

Sebagai band baru,mereka dapat menimba ilmu serta menambah pengalaman dalam bidang muzik ini serta mencari kelemahan kelemahan untuk diperbaiki dari masa kesemasa.Komen komen melalui fan page antara salah satunya cara mereka berinteraksi dengan suppoter serta mereka mereka yang ingin mengenali band dari Selangor ini

apa pun, pihak Onlinefm mengucapkan ribuan terima kasih kepada Thunderstruck di atas kesudian mereka untuk berkongsi lagu-lagu mereka.  Harapan kami semoga mereka akan sentiasa suksess dan maju dalam perjuangan mereka untuk memertabatkan lagu-lagu rock dipersada dunia hiburan tanah air kita khasnya Band-band Indipendent di Malaysia.

R-tekel disediakan oleh:-
Anat