9 LAGU BARU KAMI TERIMA
Seperti biasa, setiap hujung bulan pihak kami akan mengemaskini lagu lagu terbaru yang telah di kirimkan melalui email. Alhamdulillah, pada bulan oktober sebanyak 9 buah lagu baru telah kami terima. Dimana senarai lagu lagu tersebut beserta penyannyinya ada kami letak di dalam poster di atas.
Bermula pada 1 Nov, kesemua lagu lagu ini akan mula keudara di onlinefm. Seperti biasa, cara nak dengar lagu ini hanya melalui laman web ini sahaja. Dimana, anda hanya perlu KLIK link yang disediakan di sebelah kanan web ini. Secara automatik, lagu akan keudara.
Selain itu, senarai lagu lagu yang sedang keudara ada kami sediakan juga di sebelah kanan website ini. Anda boleh mengetahui nama penyanyi kepada lagu yang anda sedang dengarkan.