Adakah mereka dah benar benar DEWASA?

Mendengar soara vocalisnya membuatkan setiap telinga yang mendengar lagu-lagu yang dialunkannya menyangka bahawa band ini berasal dari seberang, tapi sebenarnya band ini adalah anak jati kelahiran Negeri Sabah.
Rock~En~Soul telah ditubuhkan pada awal tahun 2006 dan dianggotai oleh empat orang anak muda iaitu E’Jump, Rapi, DedeQ, Rome dan dibantu oleh Rojan (The Airez) dan Pip (Goyang72).  Mereka telah mengeluarkan demo pertama yang bertajuk Arghhh (pergi la kaw) pada penghujung tahun 2007. Pada hujung tahun 2008 beberapa orang ahli terpaksa menarik diri atas sebab beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan iaitu E’jump dan Rapi. Namun perjuangan mereka tidak terhenti setakat itu. Rock~En~Soul terus mengorak langkah dengan lebih mantap lagi dengan kehadiran beberapa orang ahli baru iaitu Nandy selaku Vokalis, One Dy selaku Drummer dan Tajul Andes selaku pemain Gitar Utama dan kesemua mereka ini adalah berasal daripada Kota Kinabalu. Mereka memperjuangkan genre muzik Japanese Rock. Disamping itu mereka selalu mengikut Gig’s, Konsert dan beberapa program yang dianjurkan oleh pihak-pihak berkenaan disekitar Kota Kinabalu.
Dalam sekitar tahun 2010 mereka telah mengeluarkan single pertama yang bertajuk Arghh..(Pergilah Kau) dan single kedua bertajuk Terhanyut dikeluarkan pada tahun 2011 dan sering dimainkan di corong-corong radio frequency. Kini mereka telah mengeluarkan single terbaru  bertajuk ‘Melangkah Dewasa” dan telah dikeluarkan  pada tahun ini  khusus buat pengemar lagu-lagu mereka.
Jika sekiranya anda ingin mengenali band Rock En Soul ini dengan lebih dekat lagi sila klik laman sesawang mereka di http://www.facebook.com/pages/Rock-EnSoul/164326963591611 dan untuk melihat video mereka sila lawati laman youtube di link   http://www.youtube.com/watch?v=44658bRmRLg
Pihak onlinefm mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Rock En Soul berkongsi lagu dan juga profile mereka. Harapan kami agar mereka akan terus suksess dalam semua bidang yang mereka ceburi terutama sekali dalam bidang muzik. Semoga mereka akan menjadi salah satu daripada band-band yang berjaya dan akan terus mewarni industri muzik tanah air kita dalam memperjuangkan indipendent band di Malaysia.