ADDY SOKKO TULIS LAGU CINTA

“Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”…inilah perumpamaan yang sesuai dengan empunya lagu. ADDY SOKKO itulah nama yang keluar dari mulut penyanyi kepada lagu “Berjanji Setia” ini iaitu Enol Sham. Seorang penyanyi tempatan yang aktif dalam bidang nyanyian khsusunya di Kota Kinabalu Sabah. Menurut Addy, lagu ini sudah lama

ditulis sekitar 3 tahun lalu. Ilham lagu ini datang secara spontan dan ditulis didalam sekeping kertas yang ingin diberikan kepada sebuah kumpulan buskers. Namun bukan rezeki mereka dapat lagu ini. Akhirnya menjadi milik Enol Sham. Melodi lagu ini juga dicipta oleh ADDY SOKKO…