ADEEB TAWAN HATI 2000 PENGUNJUNG HARI BELIA PERINGKAT NEGERI SABAH 2018

Baru berusia 5 tahun, anak kecil ini sudah mampu bermain drum sehebat orang dewasa. Pendedahan oleh keluarganya membuatkan ADEEB RIZKI JUNAIDI (5 tahun) sudah mempunyai peminat yang cukup ramai, khususnya yang mempunyai hobi yang sama iaitu bermain muzik.

Menurut ayahnya, Adeeb sudah mula minat dengan drum seawal usia 2 tahun. Bila mana selalu mengikuti ayah dan pakcik pakciknya dijemput membuat persembahan di amjlis perkahwinan di kawasan estate (Ladang Hap Seng, Lahad Datu).

Sejak dari itulah minatnya makin membara hingga ketahap ingin mengetuk drum. tanpa di hiraukan oleh keluarganya, ianya di biarkan dan menjadi jadi setiap hari. Sehingga dia mampu membuat drum cover beberapa buah lagu rock dan Progresive dengan belajar menerusi youtube. Antara lagu fav Adeeb adalah Jerangkung Dalam Almari, Final Countdown, Gothik malam Edan dan banyak lagi.

Adeeb bersama Datuk Hj Awang Anak (Setiausaha tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah)

Alhamdulillah, dengan teknoligi digital yang semakin canggih hari ini, bakat ciliknya telah di hidu oleh kementerian Belia dan Sukan beberap minggu lepas. Bila mana, Adik Adeeb di jemput untuk tampil di atas pentas SAMBUTAN HARI BELIA PERINGKAT NEGERI SABAH yang berlangsung pada 3 Nov 2018 sabtu lepas di Sandakan Sabah.

Hampir 2000 para penonton serta pengunjung yang membanjiri Komplex Sukan Sandakan telah menyaksikan kehebatan pukulan drum oleh artis cilik berbakat besar ini. Adeeb telah membuat persembahan di hadapan tetamu terhormat pada hari tersebut. Antaranya penolong kepada ketua Menteri serta para VVIP yang terdiri dari beberapa jabatan kerajaan yang berkaitan. Antaranya Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan, Majlis Belia Sabah, Majlis Perbandaran Sandakan, serta ramai lagi.

 

https://www.facebook.com/muhammadadeebrizki.junaidi/videos/347333409354293/?t=0

Semoga Adik Adeeb ini mampu mengharumkan nama keluarga serta nama Lahad datu di persana seni yang masih jauh dan mencabar ini. Jangan lupa follow fb serta youtubenya untuk terus memberikan semangat serta dorongan agar dia terus berusaha untuk menjadi insan seni yang berjaya dimasa akan datang

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial