ADIK BERADIK DARI KUNAK, SABAH

Tidak dinafikan, setakat ini hampir 15 buah kumpulan muzik telah di kenalpasti yang mana ahli kumpulannya berstatus adik beradik. Terbaru, kumpulan DISIPLIN juga antara band yang mana terdiri daripada adik beradik. Dewa, Rama & Kane itulah nama nama ahli kumpulan ini.
Band ini berasal dari daerah Kunak, Sabah. oleh kerana kesemuanya sudah bekerjaya, masing masing menetap di Kota Kinabalu dan menjadi warga kotaraya yang setia dengan muzik. Ditubuhkan sekitar tahun 2013. Dan menjadikan kumpulan Gun N Roses sebagai band idola mereka.
Kini, banyak lagu sudah mereka hasilkan. Yang mana 100% hasil ciptaan saudara KANE sendiri. Ada beberapa buah lagu telah pun di rakamkan untuk mencuba nasib di aliran mainstream. Antara lagu yang sudah mendapat perhatian adalah HATI YANG TERLUKA & APA YANG TERJADI. Lagu HATI YANG TERLUKA merupakan taruhan pertyama mereka di dalam dunia seni. Dimana, lagu tersebut telah mendapat respon yang positif dari follower mereka di sosial media. Hingga pernah di cover oleh bakat bakat baru di laman youtube.
Manakala lagu APA YANG TERJADI kini sudah keudara di Onlinefm awal bulan ini. Dan ternyata lagu tersebut memang bagus dan sesuai untuk semua peringkat umur.
Menurut salah seorang ahli kumpulan ini, DISIPLIN band ini pernah mengikuti beberapa buah pertandingan BATTLE OF THE BAND sekitar kota Kinabalu. Seperti band band lain juga, mereka ingin mencuba nasib di pentas Battle. Selain itu, mereka juga dapat jemputan untuk bermain muzik di pentas majlis majlis keramaian.
Nama DISIPLIN ini pula tercetus bila mana kesmua mereka ini amat sukar menepati masa untuk latihan. Setiap kali ingin mengadakan latihan muzik, ada sahaja yang tidak dapat datang awal dan penuh dengan 1000 alasan. Disiplin masa adik beradik ini amat mengecewakan. Dari itu, mereka memilih nama DISIPLIN ini sebagai pembakar semangat positif agak sentiasa memperbaiki kelemahan khususnya yang berkaitan dengan masa. Sebelum ini, nama kumpulan ini BINTANG.
Kini, kumpulan DISIPLIN sudah semakin matang dan semakin aktif mencari peluang peluang untuk tampil di pentas pentas terbuka. Anda boleh berhubung dengan band ini menerusi sosial media mereka iaitu https://www.facebook.com/DisiplinMusicBand/. Atau boleh menghubungi KANE selaku ketua kumpulan di talian 012-8467812.
Klip vedio ini mencecah 60,000 tontonan setakat ini. Hingga ada komen komen meminta kod kod lagu untuk di jadikan latihan mereka di youtube. Apapun, tahniah kepada DISIPLIN. Semoga kumpulan DISIPLIN lebih berusaha untuk mempromosikan muzik anda kepada pendengar pendengar di luar sana. Jadikan sosial media sebagai penghubung anda dengan orang luar. Juga, kena rajin tampil di khalayak ramai untuk memperkenalkan bakat anak anak kelahiran KUNAK ini.