AIMAN DI NOBATKAN SEBAGAI DRUMMER TERBAIK IDF 2017
TAHNIAH AIMAN, kerana telah di nobatkan sebagai pemain drum terbaik sempena Indonesia Drum & Perkusi Festival 2017 semalam. Satu kejayaan yang membanggakan seluruh pemain drum tempatan, khsusnya di Malaysia. Siapa sangka, anak muda ini mampu menonjol di kalangan peserta peserta lain.
Difahamkan, saingan Amian bukan sembarangan drummer. Kepelbagaian teknik bermain drum dan penyertaan peserta yang jauh berpengalaman antara yang menjadi singan kepada Aiman. tetapi itu bukan penghalang bagi Aiman.
Dia tidak mengedahkan kesemua peserta yang bertanding. bagi Aiman, kalah menang bukan yang di cari. Apa yang penting, memperlihatkan skill dan bakat yang beliau ada kepada juri juri prosefional yang terdiri dari nama nama besar di Indonesia.
Rasanya kejayaan ini pasti membuka lembaran baru buat Aiman dan rakan rakan lain. peluang untuk menembusi negara seberang kini tersedia. Hanya perlukan pengorbanan serta komitmint yang tinggi sahaja.
Sekalung tahniah kepada Ayah Aiman sendiri ( Kanan Aiman) iaitu En Asdar atau sinonim dengan gelaran DK yang sentiasa memantau dan mencari peluang kepada anak beliau. kejayaan Aiman datangnya dari sokongan padu serta tanggungjawab sebagai seorang ayah itu sendiri. Hobi yang mulanya dilakukan di jamming studio, kini membuahkan hasil yang luar jangkaan.
Tahniah Aiman…