Aiman nak belajar main DRUM

Betullah kata orang umur adalah satu angka yang tidak boleh dijadikan pengukur.Ini terbukti dimana seawal usia 12 tahun,Aiman telah berjaya memukau mata juri yang mengadili pertandingan BATTLE OF THE BAND anjuran RTM baru baru ini.
Aiman adalah pemain drum bagi sebuah kumpulan yang berasal dari daerah Tawau, Sabah.Rasanya ini adalah kali pertama mereka menyertai acara battle di Kota Kinabalu.Boleh nampak di mata setiap ahli kumpulan,termasuk drummer mereka ini iaitu Aiman perasaan takut ,gementar dan macam macam lagi lah.Tapi,support dari keluarga dan band band lain yang ada di tempat tersebut,dapat membuatkan dia cool dan bersemangat.
Kepada yang ada diluar sana,sekiranya anda ada sebarang acara atau program,sudi sudikanlah menjempun band ini dan lihat cara Aiman bermain drum.Semestinya dia masih muda dan perlukan banyak pendedahan secara profesional dari warga pemuzik semua.
Tapi,kenyataannyadia masih di bangku sekolah dan kita tidak boleh lepas dari kewajipannya sebagai PELAJAR SEKOLAH kan.Apa pun,kepada Aiman,utamakan pelajaran dan dalam masa yang sama,mantapkan lagi cara bermain drum anda bro.Rasanya awak bleh belajar secara MAYA melalui YOUTUBE