AIMAN WAKIL KE INDONESIA DRUM FESTIVAL 2017

AIMAN

AIMAN antara pemain drum yang memang dikenali di Sabah. Bakatnya mula di kenali sewaktu menyertai sebuah program pertandingan kugiran di RTM 4-5 tahun lepas. Kini AIMAN sudah mampu berada sama level dengan pemain drum yang hebat. Konsistensinya dan disiplinnya di dalam bermain Drum semakin hebat. malah mempunyai kumpulan metal sendiri iaitu WARTH OF EDEN .Walaupun dia masih di bangku sekolah, minatnya dalam alat muzik DRUM ini memang sukar di pisahkan. Namun, dia mampu membahagikan masa kepada pelajaran. kerana Aiman sendiri di pantau oleh ayahnya iaitu En ASDAR. pemilik kepada NEOLITHIC ENTERTAINMENT yang terletak di daerah Tawau.

Dalam beberapa hari sahaja lagi, AIMAN akan bertolak ke Indonesia atas jemputan pihak penganjur menyertai sebuah festival Drum terbesar di Jakarta, Indonesia iaitu INDONESIA DRUM & PERKUSI FESTIVAL . Siapa sangka, bakat adik aiman ini telah di kesan oleh orang seberang dan menjemput aidk aiman turut serta dalam IDP FEST 2017 kali ini.

Bukan senang dapat peluang membuat pesemabahan drum di hadapan beratus ratus pemain drum terhebat di Indonesia itu. Acara tahunan ini sentiasa mendapat perhatian pemain pemain drum seluruh pelusuk Indoseia serta negara negara luar. Sememangnya peluang jemputan daripada pohak penganjur ini seperti mimpi bagi aiman. Namun, ianya pasti di pergunakan sebaik mungkin olehnya.

Kepada adik Aiman, tahniah atas kejayaan ini. Sememangnya bakat anda sudah mula di perhatikan oleh orang seberang. Tidak mustahil, suatu hari nanti Aiman berpeluang naik ke pentas HAMMERSONIC pula. Siapa tahu kan…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial