Akustik Merdeka Aidilfitri 2012

Alhamdullilah dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana atas kehendak dan keizinannya  kini kita sudah berada 19hari dalam bulan syawal bagi tahun 1433H Hijrah bersamaan dengan 06 September 2012.  Hanya tinggal  beberapa hari sahaja lagi bagi kita berada dalam bulan Syawal dan aktiviti open house masih boleh dilaksanakan hingga 30hb syawal 1433  ataupun sehingga 16 September 2012.

Pihak Onlinefm pun tidak terkecuali,  dimana seperti yang telah dijanjikan akan membuat program “Akustika Merdeka Aidilfitri 2012”  bersempena  dengan sambutan Aidilfitri dan juga sambutan bulan kemerdekaan pada 15 September 2012 bersamaan dengan hari Sabtu.  Manakala Lokasi yang telah dipililh bertempat di Jesselton Point,Ferry Terminal, bermula pada jam 05.00 petang sehingga selesai.  Bagi  Menyemarakkan serta menghangatkan lagi suasana sambutan Aidilfitri dan Sambutan Hari Merdeka para tetamu yang  hadir  dikehendaki  memakai pakaian baju melayu bagi lelaki dan  perempuan pula dikehendaki memakai baju kurung.   Para tetamu diberi kebebasan untuk memilih tempat duduk masing-masing, dengan cara begini ianya diharapkan agar dapat mengeratkan lagi hubungan silratulrahim antara rakan-rakan yang lama mahupun yang baru dikenali dengan lebih dekat lagi.
 
Di antara pengisian Program Akustik Merdeka Aidilfitri 2012 pada malam itu, di mana 10  buah Indiependent band akan mengadakan persembahan istimewa mereka untuk menghiburkan para hadirin yang hadir.  Band-band tersebut adalah seperti berikut :

1.       Cactus
2.       Papazack
4.       Meteor Crates
5.       Error Band
6.       Paravel
7.       Kopikamilo
8.       Traffik Jamm
9.       Senandung Rangers
1     KKMP Buskers
1      Lightnite Strumming

Seperti yang tertera dalam flyers Onlinefm di mana Para tetamu dimintak untuk membawa kueh raya masing-masing secara portluk, dengan cara ini kita dapat berkongsi dan mengekalkan semangat kekitaan  yang sentiasa berkobar-kobar untuk menyambut apa juga  perayaan yang disambut oleh rakyat Malaysia. Semangat seperti inilah yang kita ingin kekalkan dalam diri setiap generasi kita hari ini. Begitulah uniknya Negara  kita Malaysia, khususnya Negeri Sabah yang terdiri daripada berbilang etnik, agama dan budaya namun ianya dapat disatukan dalam  perkongsiaan perayaan seperti ini  sesuai dengan konsep Satu Malaysia.  Kami berharap agar konsep perkongsian ini akan berterusan sampai bila-bila dan akan terus menjadi  tradisi generasi kita di masa akan datang.

Dikesempatan ini juga pihak Onlinefm mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada  beberapa pihak-pihak  seperti  Jeselton Point dan TJS Hard Work Studio atas tajaan dan bantuan yang telah diberikan hingga terlaksananya Program Akustika Merdeka Aidilfitri 2012. Begitu juga dengan orang  perseorangan yang tidak dapat disebutkan nama-nama mereka dan  tidak dilupakan juga Warga kerja Onlinefm atas kerjasama dan sokongan padu yang telah diberikan selama ini.


R-tekel disediakan oleh:-
Anat