Alternative Metal dari KL

Sekali pandang gambar kat atas dah terang terang warga jepun atau korea kan,tapi korang silap termasuklah kami sendiri.Rupanya mereka ni adalah orang KL yang memang minat dalam muzik.Baru baru ini pihak OnlineFM telah menerima email dimana mereka iaitu Kojira teah berkongsikan lagu mereka untuk di promosikan di radio onlinefm.
Semestinya pihak kami berbesar hati dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka kerana sudi berkongsi info dan lagu mereka dengan pihak onlinefm.kami akan berusaha sedaya upaya untuk membantu bagi mempromosikan lagu lagu tersebut dan begitu juga dengann band band lain.Yang penting,lagu tersebut dapat kebenaran dari empunya badan dan kami akan jalankan tanggungjawab sebagai suppoter media untuk Malaysian Indiependent Bands.
Lagu yang mereka kongsikan untuk diperdengarkan adalah bertajuk KOJIRA #11.Kepada anda yang ada diluar sana,untuk mengenali band ini secara dekat,sila kunjungi band page mereka iaitu Kojira Band.Serta pada yan ada myspace,jadikan myspace mereka list anda iaitu http://www.myspace.com/kojiraband