Alternative rock dari Shah Alam

Kalau diamati lagu lagu mereka ini,ternyata sentuhan dan skill muzik dari pemuzik yang masih baru dan semestinya bersemangat kental untuk berjuang di industri bawah tahan.Kebanyakkan band yang baru akan membuat pengakuan yang mereka nak main di lingkuangan bawah tanah dahulu melalui gigs dan juga showcase dari mana mana penganjur.Sekiranya mereka dah bersedia untuk naik ke permukaan (mainstream) Insyallah,mereka akan gunakan masa tersebut sebaik mungkin dan semestinya menghasilkan karya yang lebih bermutu dan semestinya mengikut trend peminat muzik INDIE sekarang ini.

Apa kata korang klik http://www.on9fm.net/Walker dan ambil masa sebentar untuk layan 2 buah lagu yang mereka telah muat naik.lepas itu,kat sana juga terdapat info mengenai mereka.Sekiranya anda suka dengan lagu mereka,jangan lupa tekan butang LIKE yang telah disediakan di baah ruangan mendengar lagu dan sertakan komen anda mengenai lagu tersebut.Dengan cara ini,secara tidak langsung ANDA turut sama menyokong aktiviti yang dilakukan oleh belia belia kita sekarang ini yang mana menjurus kedalam bidang bermain muzik secara berkumpulan.

Walker juga seperti band band baru dimana kelahiran mereka disertakan dengan kehebatan teknologi iaitu di zaman kecanggihan atau lebih sinonim di kenali sebagai ERA IT.bermakna,sesiapa sahaja boleh mendekatkan diri dengan band ini melalui laman sosial mereka iaitu http://www.facebook.com/walker.shahalam

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial