AMY PAPRIQA JUARA & MENJADI PELAJAR AF 2016

TAHNIAH kepada Zahrul atau lebih dikenali dengan pangilan Amy@papriqa kerana telah di nobatkan sebagai juara sebuah rancangan realiti sebuah stetenradio tempahan di Malaysia semalam. Di mana sekali gus akan menjadi salah seorang pelajar sebuah rancangan program rialiti TV yang hangat iaitu Aakademi Fantasia.

Doa kedua orang tua, orang tersayang, adik beradik, serta sahabat nya antara salah satu penyebab rezeki menyebelahi AMY. Bukan setakat doa, beberapa orang sahabat serta sanak saudara juga sanggup terbang ke KL untuk menyaksikan persembahan akhir semalam. inilah sokongan yang seharusnya ada pada anak anak seni yang baru mahupun yang sudah lama berada dalam industri. Sokongan padu harus kuat dan konsisten

Siapa sangka, dari pemain drum kepada seorang penyanyi jalanan. Pelbagai rintangan di hadapi sewaktu menjadi pemuzik jalanan. Kini AMY bergelar artis mainstream yang pastinya akan mewarnai industri muzik khususnya di negeri sabah di bawah bayu.

nampaknya warga sabah bakal menyiapkan kredit yang mencukupi untuk memberikan sokongan padu kepada anak kelahiran Tuaran ini. Sikit atau banyak undian anda tidak menjadi masalah. Yang pasti, sokongan moral dan doa agar kejayaan memihak kepada amy ke peringkat Final AF nanti. Insyallah..

Kami crew crew onlinefm ingin mengucapkan sekalung tahniah untuk AMY atas kejayaan ini. We always support you bro…:)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial