AMY PAPRIQA MASUK FINAL
Beribu ucapan tahniah telah kelihatan di FB AMY PAPRIQA sebaik sahaja pengumuman dia telah masuk keperingkat FINAL dalam satu rancangan terbitan sebuah stesen radio yang popular di kuala lumpur. Pastinya ramai yang tidak menjangka yang AMY tersenarai dalam ribuan peserta. Dimana AMY telah menjadi anak didik sebuah kumpulan muzik iaitu EXTRANGED.
AMY yang mana seorang pemain drum bagi kumpulannya iaitu PAPRIQA juga adalah seorang penyanyi bagi bagi kumpulan seniman jalanan atau di kenali dengan nama Busker. Kumpulan BUSSKA BUSKER yang memang sudah tidak asing lagi di sekitar ibu negeri Kota Kinabalu, memang mempunyai peminat tersendiri. Cara persembahan di hadapan penonton mahupun orang awam memang mampu memukau mata yang melihat. Malah ramai yang bernyanyi bersama, menari bersama sewaktu kumpulan busker ini membuat persembahan. Tidak kiralah di tempat awam mahupun jemputan majlis kahwin atau makan malam.
Apapun di ucapkan tahniah kepada AMY atas kejayaan masuk kepringkat akhir nanti. Dimana, dia akan bersaing dengan beberapa orang penyanyi lagi. Insyallah, kalau ada rezeki tidak akan kemana. pasti amy sedang mula sibuk dengan persiapan akhir pertandingan tersebut. Yang mana di fahamkan akan berlangsung pada minggu hadapan di Kuala Lumpur. Semoga AMY berjaya dan pastinya satu pengalaman yang amat berharga buat anak jati daerah Tuaran ini.