Anda suka KOPI atau MILO?
Band yang menjadi pujaan dikalangan generasi muda ketika ini siapa lagi kalau bukan KOPIKAMILO. Mereka yang tidak asing lagi dan selalu menjadi sebutan di bibir generasi muda sejak awal penubuhannya . Maka tidak hairanlah lagu-lagu yang dihasilkan oleh mereka juga mendapat tempat dikalangan generasi muda pendengar muzik-muzik tempatan.
Band ini dibentuk hasil ilham Ei Jul sendiri pada tahun 2011. Beliau merupakan vokalis band KOPIKAMILO.Mereka membawa dan memperjuangkan konsep muzik Alternative/Indie/Pop.
Pada awal penubuhan, karya-karya yang dihasilkan hanya untuk santapan diri sendiri sahaja. Dimana, lagu-lagu dirakam cuma menggunakan hifi (sony), gitar, dan effect (G1). Minat mereka muzik yang mendalam telah mula membentuk KOPIKAMILO.
Ini terbukti apabila Nijam (Ex-Kopikamilo) memulakan paluan drumnya dengan dibantu oleh petikkan gitar Najuan dan bunyi rendah bass oleh eijan. Hasil dari bunyi yang dihasilkan tersebut telah memberi idea dari segi perjalanan muzik KOPIKAMILO (karya kita).
Nama band KOPIKAMILO mempunyai maksud yang tesirat. Dengan Pahit (kopi) dan manis (milo) perjuangan dalam perjalanan muzik kopikamilo ini. Nama band ini terus melekat dan meniti dikalangan bibir anak muda hingga sekarang.
Antara karya-karya yang sudah dihasilkan ialah:
- Sesuatu Yang Baru
- Budak-Budak
- Kaulah
- Kau Renung Lagu Ini
- Inilagujaja
- Siapakah Aku
- Tutup Mata
- Meski Waktu Sementara
- Hanya Untukmu
- Petikkan
- Rasa Tak Terhingga
- Karya Kita
- Dia Rasa
- Dia Muram
Tidak lupa juga Sessionist mereka iaitu Husaini Bin Usman a.k.a Usai yang telah menggantikn posisi Eijan sebagai bassist.Dimana Eijan telah mendapat tawaran belajar di Sarawak selama 2 tahun. Menurut info terbaru yang diterima, mereka sudah mempunyai bassist yang dikenali sebagai Cha.
Perkembangan Kopikamilo sekarang, dimana mereka sudah merakamkan semula 4 buah lagu dalam bentuk DEMO. Antaranya ialah Sesuatu Yang Baru, Siapakah Aku, Tutup Mata, dan Budak-Budak. Insyallah dalam masa terdekat, mereka bakal merakamkan semula beberapa buah lagu lagi dalam bentuk DEMO selain mengeluarkan Single or EP dimasa hadapan.
Kepada mereka yang ingin mengenali mereka dengan lebih lanjut anda boleh klik link di bawah.Diharapkan anda semua dapat memberi sokongan kepadaKopikamilo dan semua band-band indie di Malaysia. Akhir kata, Support Our Local Acts.
Find us,
Facebook: http://www.facebook.com/KOPIKAMILO
Twitter: https://twitter.com/#!/KOPIKAMILOband
My Space: http://www.myspace.com/inikopikamilo
Tumblr: http://kopikamilo.tumblr.com/