Apabila Huru-Hara Tercetus Diseluruh Asia

Riot In Asia ditubuhkan pada awal tahun 2012. Band ini berasal dari ibu negeri sabah iaitu Kota Kinabalu. Dimana kesemua dari mereka juga berasal dari sekitar Kota Kinabalu.
Band ini mempelopori konsep muzik yang berasaskan kepada Punk Rock dan Pop Punk. Maka tidak hairanlah muzik yang mereka bawa terdiri daripada pengaruh band Punkrock dan Pop punk antarabangsa. Antaranya ialah dari band Blink182, +44, Box Car Racer, Over Arm throw, Greenday, Anti Flag, glory hill dan Offspring.
Lineup RIA dianggotai oleh 4 orang anak muda tempatan. Mereka ialah Bon-bon (Guitar), Rafie (Drum), Sean (Guitar/vocal) dan Boy (Bass). Setakat ini tidak berlaku sebarang pertukaran lineup dalam bandini.
Baru-baru ini mereka diundang untuk membuat persembahan dalam event Shockwave Entertainment Birthday Bash. Dimana mereka bersama-sama band-band tempatan yang lain memeriahkan crowd event tersebut. Kredit diberikan kepada band ini yang menampilkan aksi gila-gila yang mantap semasa membuat persembahan di atas pentas.
Perkembangan RIA dimana mereka telah pun mengeluarkan sebuah demo yang mengandungi 4 buah lagu kesemuanya. Dimana demo-demo ini sudah dijual kepada ramai peminat-peminat muzik tempatan. Mereka juga berharap agar dapat meneruskan perjuangan dalam arena muzik tempatan dimasa hadapan.
Bagi yang belum menyertai bandpage RIA, anda boleh terus klik like pada link tersebut https://www.facebook.com/RiotInAsia. Dimana anda juga boleh mengikuti pelbagai perkembangan ini dengan lebih lanjut. Semoga berjaya diucapkan kepad band ini dan teruskan perjuangan dalam arena muzik tempatan.