AWANA BAND GEGARKAN PENTAS B.O.T.B DI KENINGAU

AWANA BAND telah di nobatkan sebarai juara pertandingan Battle Of The Band di daerah keningau baru baru ini sempena program GEGAR KENINGAU 2016. Wang tunai bernilaiRM2000 beserta trofi dan hamper antara hadiah yang mereka bawa balik ke daerah Beaufort. Sememangnya pemuzik dari beaufort ini mempunyai kehebatan yang tersendiri dan mampu membuat juri menobatkan mereka sebagai juara.

Tempat kedua pula menjadi milik kumpulan dari Kota Kinabalu iaitu kumpulan X COMMANDO. Yang membawa pulang wang tunai RM1500 beserta trofi dan sijil. Mereka ini juga antara pemuzik yang sering kali mengambil peluang menyertai mana mana pertandingan sekitar sabah. nampaknya rezeki mereka ada di Keningau.

Tempat ketiga pula menjadi milik kumpulan Bluebebbry band yang berasal dari Keningau. Dimana mereka membawa pulang wang tunai sebanyak RM700 beserta piala dan sijil.

Difahamkan hampir 11 buah kumpulan telah menyertai pertandingan BATTLE OF THE BAND ini. Dimana kesemuanya hebat hebat belaka. Tidak kurang hebatnya juga kumpulamn dari daerah tuan rumah sendiri iaitu keningau. Cuma, rezeki tidak menyebelahi mereka.

Semoga dengan adanya program sebegini, ianya dapat mengangkat lagi mutu penampilan pemuzik pemuzik tempatan di pentas terbuka. Dan akan lebih banyak lagi penganjuran pertandingan sebegini di sekitar Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial