Ayah dan Ibu sebagai sumber inspirasi S.I.R
SAFWAN IDHAM RAMLAN (S.I.R) dilahirkan di Puchong, Selangor pada 30 Januari dan berbintang Aquarius dan pada ketika ini dia menetap di Puncak Alam, Selangor. Anak muda ini mewarasi bakat seni daripada kedua-dua orang tuanya, di mana ibunya merupakan seorang penyanyi suatu ketika dulu, manakala ayahnya pula merupakan muzik komposer. Dia mula menyanyi seawal usia enam (6) tahun dan telah banyak menyertai persembahan nyanyian disekitar tempat kelahirannya. S.I.R juga mengambil pengalaman dalam hidup melalui apa yang dilihat, didengar dan rasai untuk dijadikn sebagai sumber inspirasi. Genre muzik yang diperjuangkan adalah Acoustic.
Menurut anak muda ini menyanyi adalah satu cara meluahkan rasa, emosi, kemarahan,kekecewaan, cinta, kegembiraan, dan sebagainya. Muzik juga boleh memberi harapan dan membenarkannya untuk terus mengkapai impianya, disamping itu muzik juga boleh memberi ketenangan terhadap dirinya.
Setakat ini SIR telah mencipta beberapa buah lagu yang menjadi yang menjadi kegemaran peminat-peminatnya yang bertajuk bertajuk Maafkanku, Sahabat, Bukan Milikku, Erti Kamu, Aku tetap Aku, Ku Teguh, Kisah Kasih, Adakah Kaw Tahu dan Penipu.
Sekiranya anda mengenali SAFWAN IDHAM RAMLAN (S.I.R) dengan dekat anda boleh melayari lama sesawangnya di http://www.facebook.com/SIROfficialPage dan mendengar lagu-lagunya di
http://www.youtube.com/sirsaff.
Pihak onlinefm mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian S.I.R berkongsi lagu dan profilenya. Semoga SIR akan terus suksess dan berkarya demi untuk memperjuangkan lagu-lagu indie khususnya dalam negara kita.