Azlan and The Typewriter & Adi WOW ada di Kota Kinabalu

Dengar cerita yang vokalis kepada band Azlan & The Typewriter iaitu AZLAN akan membuat persembahan SOLO di salah sebuah program PRA Perlancaran bangunan Kerajaan sekitar Kota Kinabalu.Ini merupakan peluang yang jarang jarang diperolehi oleh peminat Azlan yang ada sekitar Kota Kinabalu.Menurut penganjur, program ini tidak mengenakan sebarang tiket.Bermakna sesiapa pun boleh menonton persembahan Azlan secara LIVE

Selain Azlan terdapat juga persembahan dari penyanyi tempatan Sabah sendiri.Antaranya Felix AF, Ebi AF, Rubisa AF dan penampilan khas  iaitu ADI penyanyi kepada kumpulan WOW.Sudah tentu anda masih ingat akan lagu ENGKAULAH YANG SATU kan.Yang mana lagu tersebut femos sekitar tahun awal 90an.Kalau tak ingat,korang boleh layan YOUTUBE kat atas.bagi refresh balik memory anda…

Kepada yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program ini,korang boleh berhubung dengan wakil penganjur iaitu Halim Mohammad Ishak di talian 017-4693240.Ajaklah kengkawan lain untuk turut sama menyaksikan persembahan mereka di  Jabatan Kebudayaan & kesenian Sabah yang terletak bersebelahan Taman rimba Tropika pada malam ini seawal jam 8mlm