AZRY SABRI RILIS SINGLE BULAN OGOS INI

Masih ingat lagi dengan adik Azry Sabri? Alahh yang video di youtubenya kena komen oleh gitaris Metallica tu.
Untuk pengetahuan anda tak lama lagi Azry akan memiliki lagu sendiri. Lagu yang bertajuk RELAU JIWA di tulis oleh penulis lirik yang sudah tidak asing lagi di Sandakan iaitu saudara Wan Khatulistiwa (Studio One Talent). Lagu ini bergenra POPROCK dan akan berada di platform digital pada bulan Ogos nanti. Arrangement lagu ini pula dapat sentuhan saudara Jasnie Yaakub (BMR Studio).