Band Alternavite Rock dari Johor

Freekture suatu ketika dulu dikenali dengan nama Out Of Tune, namun oleh kerana terlaku banyak masalah dan rintangan yang dihadapi antaranya di mana line up sentiasa silih berganti dan banyak lagi yang masalah yang tidak dapat dinyatakan kerana ianya melibatkan masalah peribadi line up, maka Out Of Tune terpaksa dibubarkan. Walau bagaimanapun, dalam jangka masa ianya ditubuhkan secara tidak rasmi sejak tahun 2000, mereka telah berjaya melahirkan dua EP bertajuk “Take a Note” dan “Inject Your Soul with Liberty”, dan setelah melahirkan dua EP perjuangan mereka terhenti disitu buat seketika.

Kini mereka telah membuka lambaran baru dan semangat baru untuk terus mengorak langkah demi untuk mencapai cita-cita yang masih berkobar-kobar tertanam dalam diri setiap ahlinya untuk mengkapai dan memperjuangkan bidang seni yang amat mereka cintai. Freekture secara rasminya telah ditubuhkan pada Jun 2011 dan memperjuangkan genre muzik Alternative Rock. Freekture merupakan hasil daripada gabungan dua buah band iaitu tiga orang daripada ahlinya adalah bekas ahli “Out of Tune” manakala seorang lagi bekas ahli “Aftermath/Aftermathpropaganda” band daripada Sabah. Band ini terdiri daripada Zapho selaku pemain Drum, Am selaku Vocalist, Abuse selaku pemain guitar dan Atok selaku pemain Bassist. Tiga orang line up band ini berasal daripada Johor dan seorang lagi berasal dari pada Sabah.
Menurut salah seorang anggota band ini, bahawa kini mereka sudah mencipta lebih daripada 10 buah lagu baru yang akan dirakamkan pada tahun 2013 sebagai hadiah tahun baru kepada peminat lagu-lagu mereka dan akan direlis dalam bentuk EP ataupun Album begantung kepada sambutan peminat mereka.

Sekiranya anda ingin mengenali Freekture dengan lebih dekat ataupun mendengar lagu-lagu mereka sila kunjungi lama sesawang mereka di facebook dan http://www.myspace.com/outoftune05

Pihak onlinefm mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Freekture berkongsi lagu-lagu mereka. Harapan kami semoga mereka akan terus suksess dalam bidang yang mereka ceburi dan menjadi salah satu daripada band-band inde yang berkaliber di Malaysia.