Band dari Taman Maluri Cheras

ANTHEMISTIC ditubuhkan pada tahun 2011 dan dianggotai oleh empat orang anak muda iaitu Joker selaku vocalist, Zick selaku pemain gitar kedua dan vocalist (2), Daroul selaku pemain gitar dan vocalis (3) dan Acid selaku pemain bassis. Kesemua mereka ini berasal daripada Kuala Lumpur dan pada ketika ini menetap di Taman Maluri Cheras. Mereka memperjuangkan genre muzik Punk Rock dan Pop Rock.
Pada awal penubuhannya, ianya ditubuhkan hanya sekadar untuk suka-suka bermain muzik dan jaming di studio jaming (Marina Studio). Band ini pada asalnya hanya dianggotai oleh dua orang sahabat iaitu Zick dan Dorul dan mereka menjemput Acid, Nano dan Ijam untuk menyertai band mereka, walaupun pada ketika itu mereka mempunyai elemen genre muzik yang berbeza tetapi mempunyai matlamat yang sama dan dapat disatukan sehingga tertubuhnya band ANTHEMISTIC.
Band ini telahpun melahirkan single terbaru mereka bertajuk “BEBAS”. Sekiranya anda ingin mendengar atau pun ingin mengenali band ini dengan lebih dekat lagi sila lawati laman sesawang mereka d https://www.facebook.com/pages/ANTHEMISTIC-official-page/168866859828971?fref=ts
Pihak onlinefm mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian ANTHEMISTIC berkongsi lagu dan profil mereka. Harapan kami agar mereka akan terus suksess dalam karya mereka dan menjadi salah satu daripada band-band indiependent yang terunggul di persana seni tanah air kita.