Band MIRI yang mencari peluang untuk pelbagai event
Kumpulan CAMOUFLAGE BAND berasal daripada Miri, Sarawak. Ditubuhkan pada tahun 2006 yang berkonsepkan rock. Disamping itu mereka juga berkebolehan membawa pelbagai genre muzik, di mana mereka sering memenuhi undangan majlis-majlis makan malam terutama sekali disekitar Miri dan Bintulu. Camouflage juga memiliki studio sendiri khas untuk membuat latihan dan juga membuat rakaman terutama sekali untuk rakan-rakan band di sekitar Miri.
CAMOUFLAGE BAND dianggotai oleh enam orang ahli yang terdiri daripada Michele selaku Lead Vocalist, Reynold selaku Lead Vocal, Zaimuri selaku Bass Guitar, Jarvis selaku Lead Guitar, Faisal selaku Drummer dan Stephanie selaku Keyboard/Sax. “ I’ll Be there For Your” merupakan lagu demo mereka yang juga menjadi kegilaan pengemar-pengemar mereka pada ketika ini. Sekiranya anda ingin mengenali band ini dengan lebih dekat lagi, sila lawati laman sesawang mereka di http://camouflageband.blogspot.com/