Bayang Didiey & The Poetry

Agak lama juga band ini sepi dari sebagang aktiviti show mahupun gigs.Kali terakhir bila mana mereka menghantarkan demo pertama mereka bertajuk RINDU dimana lagu tersebut dinyanyikan oleh sorang wanita bernama IKA.

Didiey & The Poetry telah mengeluarkan single terbaru yang berjudul BAYANG.Pada mulanya dengar lagu ini,ianya seperti mendengar lagu lagu dari koleksi Azlan & The Typewriter,tapi itu bagi kami la.Mungkin mereka telah menjadikan ATT sebagai band idola mereka dan tidak hairanlah kalau lagu lagu yang mereka produce ada sedikit persamaan dari segi muzik arrangement mahupun melodynya.

Apa pun,dengan kemunculan single terbaru ini, band Didiey & The Poetry diharap akan lebih kerap mendapat peluang muncul dalam mana mana showcase mahupun gigs.Sebab mereka dah ada stuff sendiri yang boleh di promosikan kepada teman teman seperjuangan mereka.Dalam masa yang sama juga,kami pihak OnlineFM akan sentiasa membantu bukan sahaja band ini,malah mana mana band yang menghantarkan lagu mereka kepada kami melalui radio internet onlinefm.

Dari itu juga,sekiranya ada mana mana penganjur yang mencari band band indie untuk mengisi slot mereka,nama band anda akan kami senaraikan cebagai cadangan.Berdasarkan lagu yang anda kongsikan kepada kami.

Kepada Didiey & ThePoetry,semoga anda berjaya dan teruskan usaha anda didalam perjuangan muzik yang anda pertaruhkan.Kepada yang ingin mengenai band ini secara dekat,korang boleh myspace mereka iaitu Myspace DD & juga akaun Riberb mereka iaitu Riverb DD