BAZZAR MUSIC FEST MELAMBAIKAN TANGAN BUAT KALI TERAKHIR

Satu keputusan yang sangat berat bagi Onlinefm apabila menamatkan siri Bazzar Music Fest yang bermula dengan gelaran sebagai KK Music Fest yang pada mulanya dilangsungkan di Karamunsing Complex Open Hall pada 31 Ogos 2013 dan 1 September 2013 dimana penampilan Atomic Power yang merupakan band kelahiran Sandakan yang sekian lama menyepi. Setelah hampir 6 tahun merancang dan melaksanakan siri ini yang beberapa kali dijenamakan, kemudiannya melekat di hujung lidah penyokong-penyokong siri ini sebagai BMF atau Bazzar Music Fest. 26 dan 27 Mac baru-baru adalah ‘final series’ yang pastinya membawa seribu memori terutamanya kepada penyokong-penyokong yang tidak pernah berputus asa menyokong program ini.

‘ROLLER-COASTER’ BAZZAR MUSIC FEST
Penulis merasakan bahawa adalah satu kesalahan besar apabila mengatakan bahawa BMF tidak mempunyai turun dan naik atau pahit dan manis yang tersendiri dalam merealisasikan acara ini apatah lagi idea ini tidak didokong oleh sesiapa, bergerak secara indipendent atas perkongsian idealogi dan perancangan diantara crew. Percubaan untuk mencari penaja sebelum ini tidak pernah dipandang oleh mana-mana pihak. Jika dibedah siasat kembali ‘plan and idea’ dalam proses penganjuran ini adalah sangat menarik kerana ini mampu membuka banyak peluang kepada usahawan muda dan penggiat seni di Sabah khususnya. Dengan adanya penaja, Bazzar Music Fest mampu merangka skala yang lebih besar lebih ‘havoc’serta berpanjangan. Sangat mengecewakan apabila belum ada pihak yang membuka pintu kepada peluang anak-anak muda di Sabah ini dan bagi penulis ini sangat mengecewakan. Namun inilah hakikatnya yang kita perlu terima, mungkin perkongsian ini mampu dijadikan panduan kepada idealis-idealis dengan harapan yang sama. Inilah tahap yang kita ada, perkara yang perlu kita fikir-fikirkan dan terima dengan lapang dada. Bazzar Music Festjuga menghadapi birokrasi yang melibatkan kenaikan cukai dan bayaran setiap kali melangsungkan program ini, ini bukan sahaja dirasai oleh ‘team managment’ malah penganjur-penganjur lain. Antara yang menjadi kenangan crew-crew adalah berhadapan dengan gelagat peserta-peserta Bazzar Music Fest yang sememangnya mencabar. Masalah kebersihan juga sering menjadi isu dalam post-morterm selepas events selesai, maka bagi memastikan kebersihan mencapai standard pelbagai pendekatan dan eksperimen untuk menambah baik sentiasa menjadi hangat. Itulah antara pahit dan manis Bazzar Music Fest yang akan menjadi pengalaman yang sebenarnya mematangkan Bazzar Music Fest dan pasti menjadi panduan di masa akan datang kepada crew yang terlibat.

FEED BACK PENYOKONG-PENYOKONG BAZZAR MUSIC FEST

Secara rawaknya hasil daripada perkongsian,pandangan dan permintaan daripada penyokong tegar Bazzar Music Fest ialah mahu event ini diteruskan. Antara alasan ialah kerana Bazzar Music Fest sudah sinonim dengan usahawan dan penggiat seni muzik di Sabah khususnya yang sentiasa memberikan peluang dan ruang mempromosi dan menampilkan produk atau karya baru kepada masyarakat umum. Di samping Bazzar Music Fest sudah seakan-akan annual eventterutamanya persembahan livestage bandserta perkara-perkara baru dan batu loncatan kepada para usahawan tempatan. Maka penulis berpendapat jika ada pendapat dan pandangan sebegini daripada penyokong, mungkin founder utama atau pencetus idea Bazzar Music Fest harus memikirkan kembali rasional penganjuran ini dan juga passion kepada objektif iaitu ingin menyokong mengikut kemampuan dan menyediakan platform kepada usahawan dan penggiat seni muzik khususnya tanpa memikirkan birokrasi yang berlaku walaupun akhirnya mengalami masalah terutamanya melibatkan perbelanjaan. Cuma penulis masih berharap agar event ini mampu diteruskan. Persoalanya apakah ia berlaku?

Penulis mempersilakan penyokong-penyokong memberikan kritikan dan pandangan sepanjang Bazzar Music Fest dianjurkan. Sebelum itu penulis mewakili crew onlinefm memohon maaf dan berterima kasih kepada semua individu yang terlibat dalam menjayakan perjalanan BMF #5 baru-baru ini.
Gambar-gambar sepanjang perjalanan BMF #5 boleh diakses melalui laman sosial kami.

Facebook/onlinefm