Belia Kota Belud Gempak !


KARNIVAL ASTRO FIESTA MESRA BELIA salah satu event yang telah diadakan pada 14hb Oktober 2012 lepas, bertempat di PADANG KOTA BELUD dimana event tersebut ditaja oleh ASTRO dan dianjurkan oleh KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA dengan kerjasama 1 BELIA MALAYSIA, MAJLIS BELIA MALAYSIA dan I M 4 U. OnlineFM pula sebagai media.
Pelbagai aktiviti dijalankan pada hari tersebut, seperti acara sukaneka sekolah-sekolah tadika yang ada di  Kota Belud, pertandingan bola jaring dan juga pertunjukan K9 oleh Unit K9 Polis Diraja Malaysia. Tidak ketinggalan band-band yang performdiatas pentas Padang Kota Belud. Antara band yang membuat persembahan pada hari tersebut adalah Cool In Tangan, Picu Melodi, StereoAngel, Kapak & The Gang, Supernova dan juga CACTUS.
Crew-crew OnlineFM dan juga band-band yang terlibat seawal pagi lagi telah berkumpul untuk  berkonvoi ke Kota Belud. Setiba di Kota Belud, semua yang terlibat membuat persiapan untuk acara yang akan dijalankan. Emcee pada hari tersebut adalah Bro Langau dan dibantu oleh DJ Neo . Tidak lupa juga acara cabutan no. hp bertuah yang di handle oleh DJ Neo. Dengan panas terik matahari yang tidak dihiraukan mencari nombor handphone yang bertuah dari tengah padang ke setiap booth yang ada untuk kunjungan belia-belia.
Kapak & The Gang, satu-satunya band berkonsepkan rock 80an yang wujud di Sabah, band mereka telah menarik ramai penonton di padang KB, seorang peminat rock 80an sempat naik ke atas pentas untuk bersalaman dengan vokalis Kapak & The Gang. Unit K9 PDRM juga menarik ramai penonton dengan pertunjukkan bagaimana Polis Anjing Pengesan mengesan sesuatu barang atau orang seperti dadah dan juga penjenayah dimana mereka melakukan pertunjukkan tersebut di tengah padang dan di kelilingi penonton. Unit K9 juga memberikan sedikit informasi mengenai pertunjukkan tersebut termasuklah kos seekor anjing pengesan dan asal anjing pengesan tersebut.
Sesi penyampaian hadiah untuk pertandingan bola jaring dan acara sukaneka dijalankan pada waktu tengah hari dimana selepas semua band telah siap buat show. Seperti biasa sesi groupphoto bersama band-band dan juga yang terlibat diambil oleh Tomm Man. Crew OnlineFM sempat melawat booth yang ada di tengah padang. Acara berakhir tepat jam 1pm.
Editor : MJ