BENGKEL HAKCIPTA LAGU BAKAL DIADAKAN DI KOTA KINABALU BULAN HADAPAN

 

PUCUK DICITA, ULAM MENDATANG, itulah perumpamaan yang boleh di lafazkan terhadap program yang pastinya di nanti oleh pengiat seni di negeri di bawah bayu ini. Satu bengkel mengenai HAKCIPTA, PEMBIKINAN LAGU & PEMBUATAN KLIP VIDEO akan dianjurkan di Kota Kinabalu. Yang mana, program ini di taja oleh sebuah syarikat tempatan yang amat prihatin terhadap apa yang di perlukan oleh anak anak Sabah, khususnya yang berada di bidang seni.

Selama ini, pengiat seni tempatan ini terumbang ambing dengan apa yang mereka ada. Tidak tahu hak mereka sebagai penulis lirik, pengubah lagu serta orang yang menjadikan sesebuah klip vedio iti mendapat rating/kunjungan ribuan orang di laman sosial media. Dengan adanya bengkel ini, 1001 soalan anda bakal terjawab. Kami di maklumkan, bahawa setakat hari ini, penyertaan atau mereka yang berminat nak menyertai bengkel ini sudah mencecah 300 orang.

Tetapi, itu hanya menerusi respon yang di terima melalui laman sosial, whatsapp serta panggilan telefon. Jumlah yang paling tepat, akan di ketahui pada 24 & 25 Julai akan datang. Kepada yang berminat mengikuti bengkel ini, anda boleh menghubungi wakli penganjur menerusi no telefon yang tertera di dalam flyers ini untuk tujuan tempahan.

Jutaan tahniah kepada pihak penaja serta rakan rakan lain yang bakal terlibat didalam bengkel ini. Difahaman ada siaran LIVE menerusi sosial media serta radio. sama sama kita tunggu info lanjut dari pihak penganjur.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial