BERGURU DENGAN JOE WINGS

Siapa tidak kenal dengan gitaris terhebat di Malaysia ini yang menggunakan tangan kiri ini. Petikan gitar solo lagu SEJATI antara yang paling menyengat dan hingga kini ianya antara lagu yang sering kali di jadikan contoh untuk pemain pemain gitar baru mendapat teknik bermain gitar.

Difahamkan menerusi laman page Sayap-Sayap Wings bahawa JOE WINGS sedang mencari pelapis.Fuhh, bukan senang nak dapat peluang face to face berguru dengan legend ini. Ianya satu mimpi yang menjadi nyata bagi pemain pemain gitar di luar sana. Kalau sebelum ini hanya melihat kelibat JOE di atas pentas, kini anda berpeluang duduk dan menyedut segala ilmu dalam dunia bermain gitar.

Joe@wings

Teknik teknik dan tips yang bakal di kongsikan pastinya tidak ternilai dengan wang ringgit. Sudah ntara, JOE WINGS antara pemain gitar terkenal di negara ini.Malah, kumpulan WINGS sendiri masih lagi mempunyai bisa yang kuat bila membuat persembahan di atas pentas sekarang ini. Ribuan peminat baru dan lama, pasti akan datang membanjiti konsert mereka serata Malaysia.

Ujibakat atau pertandingan ini di kenali dengan nama WAR OF BANDS. DImana anda boleh dapatkan maklumat lanjut, dengan menghubungi no talian ini 010-2184333.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial