Berhibur sambil beramal

Hasil cetusan idea beliau sendiri, sebuah program beramal melalui muzik telah dilancarkan pada march 2012 yang lalu. Siapa lagi kalau bukan Jamieson Fung, anak seni tempatan yang berasal dari kota kinabalu. Beliau mula bergiat aktif dalam muzik pada tahun 2012 dan baru bertapak dalam industri muzik tempatan.

Program ini dilancarkan bagi mengumpulkan dana untuk disalurkan kepada badan-badan kebajikan yang memerlukan. Ini dapat mendekatkan lagi Jamieson kepada masyarakat melalui muzik terutamanya kanak-kanak yang memerlukan. Hasil dari program tersebut timbullah satu idea untuk menghasilkan album.

Dimana album ini telah menerima sentuhan dari anak jati sabah. Beliau ialah  Stephen Lim dari Tonedeaf Production. Stephen Lim juga pernah berkerjasama dengan artis terkemuka Hong Kong seperti Jacky Cheung.

Selain itu juga, Appy Tot turut menyumbangkan 2 buah lagu yang bertajuk Be My Lover dan Harapan bersama-sama dengan Leonard Leong  iaitu Love is Bitter dan Again. Mereka merupakan penulis dan pencipta lagu tempatan yang tidak asing lagi bagi negeri dibawah bayu ini. Mereka juga turut bekerjasama dalam penghasilan lagu Malam Biru bersama Jamieson.

Pelancaran debut mini album ini telah dilancarkan dalam satu majlis The Gala Night Let The Music Lead The Way 2012 yang bertempat di Ming Garden Residence Hotel pada 25 november 2012. Ini termasuklah dengan pelancaran rasmi Charity Through Music dan Harapan, Be My Lover dan The Ultimate Single Collection yang telah habis dijual dalam masa seminggu.   Majlis ini telah mendapat sambutan dari pelbagai golongan masyarakat dengan kehadiran YB Datuk Masidi Manjun.

Bercakap mengenai Jamieson, sudah pasti ramai orang yang ingin mengetahu serba sedikit tentang latar belakangnya. Beliau dilahirkan pada 11 march 1976 dan berbangsa sino-kadazan. Berkhidmat sepenuh masa dalam aktiviti beramal melalui muzik serta persembahan korporat dan persaudaraan.

Latar belakang pendidikan beliau pula, memiliki kelulusan dalam Barchelor of International Comunication ( Unitec, New Zealand ). Beliau juga memiliki kelulusan dalam bidang Master of International Relations ( University of Wollongong, New South Wales, Australia ) dan Higher School Certificate, Nation Certificate of Education Achoevement ( Lynfield College, Auckland, New Zealand ). Selain bersekolah di SJK (C) Chung Hwa, Likas dan Secondary School Tsung Tsin, Kota Kinabalu, Sabah.

Beliau gemar kepada aktiviti berenang sekiranya terdapat kelapangan waktu. Ditanya mengenai cita-cita, beliau ingin menjadi seorang peguam kerana gemar berinteraksi dan bercakap dengan orang ramai, namun atas faktor usia beliau ingin menumpukan kerjaya sepenuhnya dalam bidang muzik. Amat meminati muzik jazz termasuklah funky jazz, classical jazz dan new jazz.

Perkembangan terkini mengenai Jamieson Fung sekarang dimana beliau sedang sibuk mengalami pengambaran untuk video muzik kedua iaitu Harapan. Beliau juga akan melancarkan mini album penuh yang akan dipasarkan pada penghujung bulan januari 2013. Dimana 100% hasil penjualan akan disalurkan kepada Bukit Harapan, Kota Kinabalu, Sabah yang merupakan sebuah rumah kebajikan persaudaraan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Jamieson Fung, anda boleh klik like dengan melayari laman sesawang iaitu http://www.facebook.com/CharityThroughMusic . Anda juga boleh on twitter ke http://www.twitter.com/JamiesonFung. Selain itu terdapat juga laman web rasmi iaitu http://www.jamiesonfung.weebly.com.

Diharapkan ia akan menjadi pembakar semangat kepada Jamieson untuk berjaya dalam industri muzik tempatan dimasa hadapan. Sokongan anda terhadap beliau kepada muzik tempatan amatlah dihargai. Ini sekaligus dapat menaikkan nama muzik tempatan diseluruh pelusuk negeri Sabah Dibawah Bayu.