Berkenalan dalam gigs, terus tubuhkan band.

Bertemu secara kebetulan antara satu sama yang lain disuatu tempat maka tertubuhlah sebuah band yang diberi nama COINCIDENCE. Nama band ini terbit dari pertemuan diantara lineup band ini secara kebetulan di pesta-pesta hiburan seperti gigs yang menjadi hiburan para muda-mudi hingga sekarang. Lantas ia menjadi titik permulaan perjalanan kisah hidup mereka dalam industri muzik indie tempatan.

Band ini telah ditubuhkan pada tahun 2011 dimana ianya hasil ilham Edwin (Vocal) yang kemudiannya disertai oleh band member yang lain iaitu Pan (Drum), Hamdan (Ex-Bass) dan Isam (Gitar). Namun pada pertengahan dan 2012, band ini telah menukar pemain bass mereka iaitu Hamdan atas komitmen kerja dan tempat itu digantikan oleh Apeng. Pada penghujung 2012 pula, mereka telah bertemu dengan Anel yang bermain sebagai gitaris.

Band yang berpangkalan di Kota Kinabalu ini membawa konsep muzik Modern Rock.Mereka membawa pengaruh muzik dari luar Negara seperti The Crimson Armada, Story At The Year, Stone Sour dan lain-lain lagi. Maka tidak hairanlah juga jika lagu-lagu yang mereka hasilkan setakat ini mempunyai unsur-unsur Modern Rock dari pengaruh muzik yang mereka bawa.

Setakat ini mereka telah menghasilkan dua buah lagu yang bertajuk “Late A Nite” dan “Alive”.Namun penyertaan mereka dalam event Noise Sound From Garage Party menjadi penyertaan sulung kerana masing-masing sibuk atas komitmen lain. Sungguhpun begitu ianya tidak menjadi penghalang kepada mereka untuk terus berjuang dalam seni industri muzik tempatan.

Dalam kalender 2013, mereka dalam proses untuk mengeluarkan EP jika tidak halangan. Dimana mereka masih mencari idea untuk lagu baru. Selain berusaha untuk mengumpul bajet yang cukup untuk mengeluarkan EP mereka ini dimasa hadapan.

Bagi peminat yang ingin mengenali mereka dengan dekat anda boleh klik pada laman sesawang bandpage mereka di link http://www.facebook.com/pages/COINCIDENCE/294285817279600?fref=ts. Di situ anda juga mendengar lagu mereka sendiri di laman sesawang tersebut. Sokongan anda terhadap mereka akan menjadi pembakar semangat untuk terus maju ke hadapan dalam industri muzik tempatan dimasa hadapan.