Bermula dari angan angan,akhirnya menjadi kenyataan

Amusesix merupakan salah sebuah band tempatan dari negeri Sabah Dibawah Bayu. Hasil perkongsian minat mereka bertiga mengenai muzik ditambah lagi selalu bermain muzik bersama maka tertubuhlah Amusesix. Band ini dianggotai oleh 3 orang anak muda iaitu Nadia (Vocal), Bon (Gitar) dan Memet (Drum).

Band ini ditubuhkan pada awal September 2012 yang dilhamkan oleh Nadia dan BonBon pada ketika itu. Selepas itu barulah Memet masuk untuk menyertai Amusesix. Nama band ini diilhamkan oleh pemain drum dari band Seventh Hatred Confension yang bermaksud muzik.

Mereka memperjuangkan konsep muzik alternative dengan membawa sedikit pengaruh muzik dari band luar negara. Antaranya Paramore, Hey Monday dan FireFlight. Walaupun jarang menyertai mana-mana event namun sambutan positif dari penonton diterima wajar diberi kredit terhadap mereka.

Mereka bermula dari jamming bersama-sama dengan rakan-rakan band lain dan akhirnya angan-angan untuk ke stage akhirnya termakbul juga. Dimana band ini telah menyertai Battle Of  The Band Rock A Fella di karamunsing pada September 2012. Pada masa itu Apiq (Seventh Hatred Confension) sebagai drummer sessionist mereka selain pipin sebagai bassist.

 Selain itu juga, mereka juga turut bersama band-band tempatan yang lain untuk berhibur dalam Acoustic Beach Party di Tanjung Aru pada 30 & 31 December 2012. Sambutan terhadap mereka yang menyaksikan persembahan band ini juga sangat memberansangkan. Pada awal January 2013, mereka juga menyertai Unplugged II Live Acoustic Competition at Party Play Cafe, Lintas.

 Perancangan mereka sekarang dengan menambah dan mengekalkan lineup sedia ada. Ini kerana mereka sendiri belum mempunyai lineup yang tetap untuk naik stage bersama-sama. Dalam pada masa yang sama, mereka juga merancang untuk mengeluarkan Demo sendiri jika tidak ada sebarang halangan.

Pada peminat Amursesix, jangan lupa nantikan kemunculan Demo pertama mereka yang dijangkakan pada hujung tahun ini. Bagi yang ingin mengenali lebih lanjut tentang band ini anda boleh klik terus ke bandpage mereka. http://www.facebook.com/AmuseSix. Dari situ anda juga boleh klik like sebagai tanda sokongan anda terhadap band Amursesix.

  • Unplugged II Live Acoustic Competition at Party Play Cafe, Lintas
  • Borneo Beach Party 2012
  • Battle Of The Band Rock A Fella

Diharapkan anda terus memberikan sokongan kepada Amusesix dan band-band tempatan yang lain. Sekaligus dapat membakar semangat mereka untuk berjaya dimasa hadapan. Semoga Berjaya diucapkan dari pihak On9 FM.