Bermulanya dengan band projek
Sebuah band yang berasal dari Kuala Lumpur dan bermula dengan band projek yang mana bertemu didalam jamming studio.Mereka juga ingin mencari peluang untuk mendedahkan karya karya mereka kepada mereka yang sudi.
Joy 92 bermula sebagai band projek, apabila Zamz meng’upgrade’kan Studio Jammingnya (Heartshaped Studio) dengan Studio Rakaman dan meminta Zul (Dveener) dan Aie (The Hollow) untuk mengarang lagu dan merekod di Studio Heartshaped hanya untuk mengasah kemahiran dalam sesi Rakaman Muzik dan Menggubah lagu. Bermula dari situ Zamz dan Zul berterusan menggubah lagu demi lagu dan meminta Agil (Tabaraka), Rawk (Woweezowee), G-Jie (ex -Dveener) dan Epol untuk menyertai mereka untuk sesi jamming, dan disinilah band ini tercipta dan diberi nama JoY 92.
JoY 92 pada masa ini mempunyai 5 ahli, dimana Zamz(Pengasas band) sebagai Vocalist/Gitar , Zulz (Gitar /Vox), Rudy (Gitar/Vox), Agil (Bass ), dan Rawk (Drum),Sementara Epol (Bass/Vox), G-Jie (Drum) dan Aie (Guitar/Vox) yang kini tidak dapat menyertai kami sebagai ahli band sepenuh masa tetapi akan sentiasa menjadi ahli band untuk show dan lain-lain.
Korang boleh tengok youtube yang telah mereka kongsikan kepada pendengar onlinfm seperti yang tersedia di bawah ini.
Sekiranya berminat untuk menjemput mereka bermain gigs atau live show,bolehlah berhubung terus dengan Zamz ditalian (017-2595656) ataupun email mereka iaitu (Joy_ride_92@yahoo.com) & (HeartshapedProduction@gmail.com)