Bertemakan Kisah Mistik Kuno, Pembunuhan, Semangat Hantu yang terdapat di sabah

Hanator mula ditubuhkan pada sekitar tahun 2010 di Kota Kinabalu, Sabah. Band ini membawa konsep muzik yang berteraskan kepada Eastern Death Metal. Dimana tema dan subjek lirik lagu berkisarkan tentang kisah-kisah mistik kuno, pembunuhan, semangat-semangat hantu, kisah-kisah adat pantang larang suku kaum yang terdapat di Sabah.

Band ini dianggotai oleh 5 orang anak muda. Ahli-ahlinya terdiri daripada Wyntor (Vocal), Red Laceration (Guitar), Mikail (Guitar), Kepala Besi (Bass) dan Faz (Drum). Dengan kombinasi mereka telah menjadikan band ini mantap dan membentuk kualiti bunyi yang baik.

Namun kini, Hanator hanya dibarisi dua orang lineup sahaja iaitu Mikail (Vox& Guitar) &Fazley (Drum). Dimana Red Laceration (Guitar) dan Kepala Besi(Bass) mengambil keputusan mengundurkan diri dari band ini. Ini kerana mereka mahu menumpukan sepenuhnya perhatian terhadap kerjaya masing-masing.

Selama penubuhan Hanator, mereka telah menyertai beberapa buah gig yang telah diadakan di sekitar Kota Kinabalu selain di Sandakan dan Labuan. Antara event yang pernah disertai mereka ialah Return to the aggressor (2010), Blasting beast (2011), Suara dari alam angker (2011) dan United metal attack 02 (2012). Antara gig yang paling diingati mereka adalah “Sickening Art part IV (2011), dimana itulah gig pertama mereka sertai dan sangat gembira pada masa itu.

Hanator setakat ini telah meriliskan beberapa promo/demo/compilation (tape) sepanjang penubuhannya. Antaranya :

2010 – AwalAkhirHayatku (Promo)
2011 – Death Mona Fandi (Promo)
2011 – Memories Of Dalit (Demo)
2011 – Born In Darkness Vol. 4 (Compilation)
2012 – Mistikultus (Demo)
2013 – Memories Of Eastern Warriors (Compilation tape from ours 2 previous demo)

Bagi Memories Of Eastern Warriors pula dikeluarkankan oleh Label Angka Kematian Prod. Dimana ianya dikeluarkan dalam format tape/kaset. Compilation tape ini mengandungi lagu-lagu dari 1st dan 2nd demo kami, ditambah dengan 2 buah lagu yang kami tak pernah riliskan sebelum ini.

Perkembangan Hanator sekarang ini agak perlahan sedikit. Memandangkan Mikhail antara lineup yang terlibat untuk band REPUTDEATH (Old School Death Metal) yang sedang dalam proses mengeluarkan 2nd demo mereka. Beliau juga merupakan editor sebuah underground fanzine iaitu Dis-Carnage Fanzine yang telah mengeluarkan isu pertama dan sekarang dalam  proses untuk meriliskan isu yang kedua.

Hanator juga dalam proses untuk mengeluarkan demo mereka yang ke-3. Tentang bila ianya akan dikeluarkan, itu tidak berapa pasti. Apapun sama-sama kita tunggu info dari mereka.

Untuk mereka yang ingin mendapatkan stuff Hanator yang terdahulu boleh contact/email kami terus melalui:

Bagi yang belum menyertai mereka di facebook anda boleh melayari laman sesawang bandpage Hanator tersebut. Dengan klik like pada link seperti yang tertera anda juga boleh mendengar lagu band ini di bandpage tersebut. http://www.reverbnation.com/hanatormetal, http://www.myspace.com/hanatormetal dan http://www.hanatormetal.blogspot.com. Sama-samalah kita“Support Our Local Act”.