BREAKING NEWS CAFE 1st SHOW DAPAT SAMBUTAN DILUAR JANGKAAN
FULL HOUSE, itulah yang boleh diungkapkan untuk 1st showcase BREAKING NEWS CAFE ini. Sebuah cafe yang baru juga beroperasi kurang dari 6 bulan. Terletak di tepi jalan dan jauh dari kawsan perumahan. Memang tidak ada masalah untuk mengadakan showcase yang melibatkan LIVE BAND. selain itu, cafe ini juga mempunyai permit dan lesen untuk hiburan santai. Jadi, memang tiada masalah untuk menganjurkan sebarang aktiviti yang melibatkan muzik.
Sepanjang pemerhatia di cafe ini, terdapat makanan Halal dan juga tidak. Namun, ianya dikendalikan secara teratur. Pihak pengurusan cafe juga sedia maklum akan keperluan pengunjung yang hadir dari pelbagai agama. Namun ianya tidak menjadi masalah dan mereka menanganinya dengan penuh rasa hormat.
![]() |
STORY ENDS |
Antara band boy yang hadir dan memeriahkan suasana cool malam hari adalah kumpulan yang baru sahaja merilis EP pertama mereka iaitu kumpulan STORY ENDS. Persembahan muzik punk rock yang bertenaga telah membuatkan pengunjung berteput tangan dan sentiasa menanti next song dari band ini. Bukan itu saha, Taufik selaku vokalis juga sentiasa mempromosikan EPmereka yang dijual dengan harga RM10. Konsistensi mereka dalam mencari ruang dan peluang untuk dikenali oleh masyarakat luar memang harus dipuji.
![]() |
MARKAS 69 |
Selain itu, kunpulan SKA iaitu MARKAS 69 juga menarik perhatian pengunjung disana. Lagu pembukaan mereka “THE GOD FATHER”, versi SKA juga telah membuatkan pengunjung berpogo di tepi pentas. Band yang sempoi dan mesra alam ini, sentiasa menghiburkan penonton. Seleksi lagu lagu yang dipersembahkan memang best. Weldone & good job Guyz…
![]() |
B.O.I.L |
Persembahan penutup pada malam tersebut adalah dari kumpulan Grunge yang berasal dari Papar. Tak lain dan tak bukan, the one and only BOIL. band yantidak pernah menghampakan para suppoter dan pengunjung yang hadir. Corak persembahan yang bertenaga dan havov pastinya menjadi kenangan manis kepada sesiapa yang melihatnya.
Antara yang hadir menyaksikan show pertama cafe ini..
Diharap konsep santai dan chill sebegini dapat diteruskan di mana mana tempat. Dengan cara sebegini, ianya mampu membuka ruang dan peluang kepada anak anak seni tempatan mempersembahkan hasil karya mereka di khayalak ramai. Tidak juga semestinya LIVE BAND, nyanyian solo mahupun apa sahaja persembahan seni. Ianya mampu menarik lebih ramai anak anak muda untuk bekarya.
Tahniah kepada pihak pengurusan cafe atas usaha ini..