Brit Rock dari KL

Jom kita berkenalan dengan “Vials” band Brit Rock dari Kuala Lumpur. Dianggotai oleh Shah – Keyboard/Groove Box, Bill – Guitar, Hafiz – Drum, Krie – Bass, Em – Vocal, Angah – Guitar/Synthesizer dan Nana – Violin. Mungkin ada yang mengenali diorang dengan nama “Scarlet Gallery” pada 2001.

Pertama kali menghadiri gig diorang yang diadakan di Laundry Bar, The Curve 29 Disember lalu, membuatkan aku merasa seolah-olah sedang menyaksikan Chris Martin dari “Coldplay” feat “Radiohead” tengah perform, hahaha mungkin korang macam tak percaya apa yang aku cerita ni, Sebab apa? kalau dulu kita ada Emmet suara Kurt Cobain, Zahid suara Eddie Vadder. Kini, kita ada Emran suara sebiji Chris Martin.

Set soundcheck diorang pun dah membuat aku meremang bulu roma. Diikuti dengan set lagu-lagu dengan persembahan yang kemas dan penuh perasaan membuatkan aku terbuai dengan alunan muzik diorang. Selepas habis set persembahan aku beramah mesra dan membeli CD sebagai tanda sokongan dan penghargaan untuk persembahan diorang.

Sekarang ini diorang dalam proses rakaman album. Jangan lupa layari http://www.facebook.com/vialsrock untuk mengetahui perkembangan diorang. Kalau nak booking untuk perform di gig emel sahaja diorang di vialsrock@gmail.com atau call terus vokalis Emran di talian 019-3610194.

R-Tikel dari:-
Jared Ijoy @ Kuala Lumpur